DR MAHATHIR HANYALAH SEORANG WARGA EMAS YANG KELIRU

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad nampaknya sudah menjadikan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semakin bercelaru dan tiada hala tuju tetap walaupun jangka hayatnya masih baru dan muda.

Sepatutnya parti yang muda dan baru bergerak pantas dalam mencari ahli dan bergerak dalam perjuangan tetapi PPBM hanyalah satu parti baru yang kecewa dan longlai di awal perjuangan.
Strategi beliau sebagai Pengerusi PPBM juga makin kabur, PPBM celaru antara ingin menguasai negeri sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 atau selepas PRU yang difahamkan semakin hampir diadakan.

Dr Mahathir sendiri nampak jelas tidak yakin dan tidak bersungguh-sungguh langsung untuk memberi perhatian kepada parti baru yang ditubuhkannya kerana sambutan pendaftaran baru ahli dilihat amat memalukan dan Parti Amanah Negara (PAN) dilihat lebih berjaya.
Beliau sebenarnya cuba menutup kelemahan PPBM apabila seorang sahaja wakil rakyat dari UMNO Barisan Nasional (BN) menyertai PPBM selain anaknya, Datuk Seri Mukhriz.
Penyokongnya yang juga bekas Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal juga enggan menyertai PPBM.

Portal pru14.tv menerima satu khidmat pesanan ringkas dari seorang bekas penyokong Dr Mahathir yang menyatakan kini kroni beliau semakin melarikan dan menjauhkan diri selepas terbukti Dr Mahathir gagal menumbangkan Najib dan BN.

Kata Dr Mahathir sebelum ini, dengan sedikit usaha kononnya tiga negeri dikuasai BN, Perak, Terengganu dan Johor akan jatuh ke tangan pembangkang sebelum PRU akan datang.
Mahathir berkata demikian merujuk kepada ADUN Jorak, Datuk Shahruddin Md Salleh keluar UMNO untuk menyertai PPBM awal minggu ini.

Kononnya bagi Dr Mahathir , bila sesuatu dimulakan, maka ia akan berkembang dan yang lain-lain akan menirunya.Mahathir berkata di Perak dan Terengganu, hanya memerlukan dua orang sahaja wakil rakyat untuk lompat parti.

Jika mereka berbuat demikian, tambahnya, dua kerajaan negeri BN itu akan tumbang.
“Tak payah tungguh PRU14, kita boleh memerintah di negeri-negeri ini termasuk Selangor dan Pulau Pinang,” katanya dalam satu ceramah di Muar malam tadi.

BN akan kehilangan majoriti mudah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang mempunyai 32 ADUN dan juga di DUN Perak yang mempunyai 59 ADUN, jika dua wakil rakyatnya melompat menyertai pembangkang.

Di Johor, Mahathir berkata, jika 10 lagi ADUN Umno mengikuti jejak Shahruddin, maka kerajaan BN di kubu tradisional Umno itu, akan tumbang.

“Kami akan jadi kerajaan di Johor,” kata Mahathir.

Dr Mahathir sendiri tahu ia hanya satu angan-angan, jika ia bukan angan-angan, Dr Mahathir pasti tidak akan melakukan apa-apa dan menunggu sahaja ia berlaku dengan sendiri. – pru14

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana