Ceramah Bersih 5.0 di Dataran Batu Burok Tiada Dapat Sambutan Orang Ramai

PANTAI Batu Burok, Kuala Terengganu yang sinonim dengan kunjungan orang ramai di hujung minggu sedikit terganggu malam ini dengan kehadiran komuniti haram Bersih.

Tempat rekriasi keluarga ini telah dinodai oleh ketua bersih 5.0 negeri Terengganu YM Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad yang mana digelar ahli PAS disini sebagai9 seekor katak yang munafik kerana membawa lari kerusi PAS di Parlimen Kuala Terengganu.

Menurut sumber PAS Terengganu, Baiah yang dilapaskan semasa mahu menjadi calon Pas Terengganu semasa pilihanraya umum ke 13 (PRU 13) lalu sudah jatuh talak kepada semua yang melarikan kerusi Pas seperti mana berlaku kepada Dr. Mohd Hatta Ramli.

Sebelum ini Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan mengesahkan sebanyak 22 bekas pemimpinnya termasuk tujuh wakil rakyat bukan lagi ahli parti itu sebaik sahaja mereka dilaporkan berada dalam barisan kepemimpinan Parti Pekerja.

Mohd. Hatta yang pernah melafazkan bai’ah cerai talak tiga merupakan satu-satunya wakil rakyat negeri ini yang terlibat dalam senarai itu.

Dalam bai’ah ter­­sebut, setiap wakil rakyat Pas di ne­geri ini yang mengambil keputusan keluar parti tanpa meletakkan jawatan, secara automatik telah menceraikan isteri masing-masing dengan talak tiga.

Perkara itu terkandung dalam lafaz bai’ah atau sumpah taat setia yang dibuat setiap wakil rakyat Pas di negeri ini sejak 2004.

Pada masa sama, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad turut menasihatkan mana-mana wakil rakyat yang melanggar ba’iah tersebut supaya merujuk status perkahwinan di Mahkamah Syariah berikutan terdapat bai’ah cerai talak tiga yang dilafazkan mereka sebelum ini.

Sementara itu, Daud berkata, setakat ini Mohd. Hatta masih belum mendaftar mengenai status perkahwinan ter­­sebut di Mahkamah Syariah.

“Mohd. Hatta masih belum datang merujuk mengenai status perkahwinannya di mahkamah,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob yang juga Menteri Besar menyeru kepada Mohd. Hatta supaya segera merujuk kepada Mahkamah Syariah mengenai status perkahwinannya.

Katanya, bekas Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat itu dengan jelas telah melanggar bai’ah yang pernah dilafazkannya dengan menyertai parti lain tanpa meletak jawatan sebagai wakil rakyat.

“Kita telah membuat keputusan dan menghantar surat berserta lampiran bai’ah yang pernah dilafazkannya kepada Mohd. Hatta.

“Dari segi hukum, lafaz taklik talak tiga telah terjatuh dan itu pandangan yang diberikan Ketua Hakim Mahkamah Syariah Kelantan,” katanya.

Di Terengganu pula lain ceritanya, Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) masih bersekedudukan dengan isteri beliau sehingga saat ini.

Persoalannya , Adakah beliau tahu akan hukum hakam Islam sedangkan masih tinggal serumah dengan isteri beliau?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana