Bung Moktar gesa IGP tangkap dalang BERSIH

Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin menggesa supaya Ketua Polis Negara (IGP) segera mengambil tindakan menangkap individu yang menjadi dalang dalam kumpulan BERSIH ekoran rancangan mereka untuk mengadakan himpunan jalanan bulan depan.

Bung Moktar, yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC) menyifatkan kumpulan tersebut sebagai biadab kerana hanya mencetuskan perpecahan perpaduan kaum dalam negara, ia terbukti dengan penganjuran himpunan terdahulu dimana gambar pemimpin negara dihina sesuka hati mereka.

“Saya mintak IGP tengok rakaman video daripada awal sampai akhir, pelanggaran undang-undang dan laporan polis yang telah dibuat harus diambil tindakan, tangkap dan caj (dakwa) mereka di mahkamah.

“BERSIH pada saya merupakan satu kumpulan yang terlalu biadab, tak bertanggungjawab yang berhasrat untuk memecah belahkan perpaduan kaum, menghina pemimpin-pemimpin negara tanpa ada sebab, gambar pemimpin dipijak dan sebagainya, gambar pemimpin disapu dengan penyapu,” kata beliau semasa membahaskan Bajet 2017 di Dewan Rakyat pada Selasa.

Kenyataan Bung Moktar itu mengundang rasa kurang senang dikalangan ahli-ahli parlimen pembangkang yang mempunyai kaitan dengan BERSIH apabila mereka bangkit mempertahankan kumpulan tersebut.

Antara yang bangkit Ahli Parlimen DAP Beruas Datuk Ngeh Koo Ham dan Ahli Parlimen DAP Puchong Gobind Singh Deo.

Menurut Bung Moktar lagi, jika BERSIH mengikut lunas undang-undang mereka tidak sepatutnya melakukan tindakan yang sengaja menghina pemimpin negara dengan cara biadab.

“Kalau BERSIH itu mengikut lunas undang dan meminta ketelusan undang, tapi mereka membawa gambar isteri Perdana Menteri dan disapu dengan penyapu, itu tidakan biadab.

“Saya minta polis siasat mereka yang bertanggungjawab,” katanya.

Terdahulu, Bung Moktar dalam ucapannya juga menggesa supaya kerajaan meneliti tanah-tanah yang berpotensi memberi hasil makanan kepada negara diwartakan serta-merta.

“Sebagai contoh, pada suatu ketika dahulu Malaysia merupakan pengeluar minyak sawit terbesar di dunia, sekarang ini Malaysia menjadi pengeluar yang kedua selepas Indonesia.

“Indonesia mengeluarkan 31 juta tan metrik dan Malaysia hanya 19 juta, ini menampakkan pengurangan hasil dikeluarkan Malaysia disebabkan kerana kawasan-kawasan yang dahulunya ditanam kelapa sawit dibangunkan dengan pembangunan-pembangunan lain.

“Jadi saya ingin mengesyorkan kita bermula di seberang Perak, dimana tanah seluas 10 ribu hektar ini diwartakan oleh kerajaan melalui kerajaan negeri oleh kerana tanah ini memang terbentang luas dan disana banyak menghasilkan hasil pertanian untuk keperluan negara.

“Oleh kerana itu kerajaan perlu mengeluarkan belanjawan yang cukup untuk melihat perkara ini sebagai perkara yang serius,” katanya.

Selain, itu Bung Moktar juga berharap supaya sistem pelaksanaan diperbaiki agar lebih berkesan, khususnya di Sabah yang masih ketinggalan daripada kemudahan asas.

“Sebagai contohnya, sebab apa masalah air di Sabah berlaku, rupa-rupanya ada udang di sebalik batu, kalau pegawai-pegawai yang diamanahkan di agensi berkenaan bersifat begini maka teraniaya lah rakyat,” katanya merujuk kepada kes rasuah di membabitkan Jabatan Air Sabah baru-baru ini yang menyaksikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menangkap beberapa pegawai atasan dalam agensi tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana