Bukan kereta Singapura saja kena caj jalan raya RM20…nanti dari Thailand,Brunei dan Indonesia juga

"Singapura telah mengutip RC (caj jalan raya ) berpuluh tahun daripada kita. Kita baru sahaja nak mula."Kita tidak diskriminasi. Kita akan buat bukan sahaja di sempadan kita bersebelahan Singapura, tetapi sempadan kita di Thailand, Brunei dan Indonesia.”

Itu kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai Sabtu untuk menafikan sebarang anggapan Kerajaan Malaysia bersifat diskriminasi dalam melaksanakan bayaran caj jalan raya (RC) bagi kereta Singapura yang masuk ke Malaysia mulai 1 November ini .

Beliau menjelaskan caj jalan raya akan turut dilaksanakan secara berperingkat di kesemua 12 laluan pintu masuk negara yang bersempadan dengan Thailand, Brunei dan Indonesia.

Bercakap dengan wartawan di Segamat Sabtu Liow  berkata pelaksanaan caj jalan raya untuk kereta Singapura masuk Malaysia telah dimaklumkan terlebih dahulu kepada rakan sejawatannya di Singapura.

"Kita akan buat yang sama dengan semua sempadan kita serta kutip RM20 setiap kereta," kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Liow diminta mengulas laporan mengenai Singapura mungkin akan mengenakan caj yang bertepatan kepada kenderaan Malaysia sekiranya mendapati caj yang dikenakan mendiskrimasi kenderaan Singapura.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri akan menerima 25 peratus atau RM5 daripada caj RM20 yang dikenakan ke atas semua kenderaan persendirian dengan nombor pendaftaran asing dari Singapura.

"Kerajaan negeri juga akan turut mendapat keuntungan daripada pelaksanaan RC ini," kata beliau ketika mengulas dakwaan pembangkang yang kerajaan negeri akan kerugian dengan pelaksanaan RC itu.

Secara purata 20,000 kenderaan berdaftar Singapura masuk ke Malaysia setiap hari melalui Tambak Johor dan Link Kedua.

Setakat Julai tahun ini, sebanyak 144,000 kenderaan Singapura telah didaftarkan melalui Sistem Permit Masuk Kenderaan (VEP).

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana