BR1M program yang berjaya... akui MP pembangkang

Akhirnya... dengan berat hari pembangkang terpaksa mengakui bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Razak adalah program terbaik menyalurkan subsidi kepada rakyat.

Ini diakui sendiri oleh ahli Parlimen PKR Kelana Jaya, Wong Chen bahawa BR1M daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) merupakan insentif yang berjaya dalam membantu golongan yang memerlukan.

Bercakap kepada pemberita selepas pelancaran Belanjawan Alternatif 2017 oleh pakatan harapan, Wong berkata BR1M merupakan kaedah dalam pemberian bantuan secara terus kepada golongan sasaran.

"Saya fikir BR1M adalah program yang agak berjaya... BR1M merupakan subsidi bersasar, dan merupakan cara untuk memastikan golongan miskin tegar diberikan bantuan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada pakatan harapan akan meneruskan BR1M sekiranya diberi mandat oleh rakyat untuk mentadbir.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana