Bila PAS kini jadi parti politik pingitan...

Adakah PAS cuba ‘jual mahal’ untuk menyertai usaha pembangkang mahu merapatkan saf dan menewaskan Umno-BN dalam pilihanraya umum ke-14 menggunakan strategi ‘satu lawan satu?

Pada asasnya PAS setuju untuk berunding dengan mana-mana parti pembangkang asalkan matlamatnya untuk menundukkan Umno-BN boleh tercapai.

Bagaimanapun PAS mahu persefahaman dan kerjasama sesama pembangkang kali ini berlaku mengikut adab dan pendekatan yang lebih telus dan bersopan dan tidak berakhir dengan pengumuman ia ditendang keluar sekali lagi.

Pengalamannya bertahaluf siyasi dengan DAP amat memedihkan. Setelah mengkerdilkan monopoli kuasa Umno-BN dan yakin sokongan rakyat bukan Melayu padanya semakin kukuh, DAP menunjukkan belangnya pada PAS.

PAS sebagai sebuah parti Islam, merukuni soal ‘sami’na wa atho’na’ (kami dengar dan kami taat) kepada pemimpin. Justeru apabila pemimpinnya diperlekehkan oleh DAP secara terbuka, PAS secara lumrah memberikan reaksi.

DAP mengisytiharkan bahawa Pakatan Rakyat sudah mati. Ini semua, hujahnya, kerana gara-gara PAS yang banyak mengambil tindakan bersendirian dan ini menyukarkan ia bekerjasama dengan PAS.

PAS pun bertindak balas. Ia berfatwa tidak boleh lagi bertahaluf siyasi dengan DAP. Maka tinggal PKR berusaha merapatkan kembali hubungan DAP-PAS. Namun sedihnya, PKR sendiri mengumumkan beberapa kali ia dikhianati PAS.

Sebagai sebuah institusi politik, PAS tahu ia perlu bekerjasama dengan pembangkang lain. Sebab itu ia memilih Parti Ikatan Rakyat atau Ikatan sebagai teman kongsi politik baru. Walaupun ia parti kecil, itu adalah satu permulaaan.


Seiring dengan keangkuhan DAP itu, PAS juga diterjah oleh ahli-ahli kanan parti itu yang keluar parti dan menubuhkan parti baru yang dipanggil Parti Amanah Negara atau Amanah.

Cogan politik Amanah ialah untuk mengganti fungsi PAS sebagai sebuah parti berideologi Islam dalam kelompok pembangkang. Tindakan itu menyebabkan kesedihan dan kekecewaan PAS.

Mana pergi semangat juang pemimpin Islam dalam Amanah jika ia bermula dengan niat mahu membinasakan PAS dan menolaknya keluar dari senario politik Malaysia?

Amanah bermula dengan cuba menarik hati DAP. Setiap langkah politik DAP akan dapat sokongannya. PAS pun menggelar mereka sebagai pengkhianat yang meninggalkan PAS untuk bersekongkol dan musuh PAS!

Lantas dalam kesibukan menghadapi pilihanraya umum ke-14, PAS mengambil pendirian bahawa ia sedia berunding dengan mana-mana parti pembangkang, asal bukan DAP dan Amanah.

Malah PAS bersedia berunding dengan musuh tradisinya, bekas presiden Umno selama lebih 22 tahun, Tun Mahathir Mohamad untuk mencerahkan lagi harapan pembangkang menewaskan Umno-BN.

Sabtu lalu, PAS secara rasmi mengizinkan presiden parti Mahathir, Parti Pribumi Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap di pentas politiknya, di Terengganu.

"Bersatu (PPBM) saya fikir tidak akan bertanding di kerusi milik mereka sahaja. Jadi saya fikir kita boleh bincang kalau bertindih dengan kerusi PAS bertanding. Tetapi persoalannya yang tidak ada kerusi sekarang adalah PAN (Amanah).

"Jadi masalah PAN (Amanah) ini kita sudah serahkan kepada DAP dan PKR untuk beri laluan kepada PAN (Amanah). Itu terpulang kepada mereka apa hendak buat dengan PAN (Amanah) ini?," kata Ahli Jawatankuasa PAS, Sallehan Mukhyi.

Malah beliau berkata, soal pertandingan satu lawan satu untuk berdepan dengan Barisan Nasional (BN) tidak akan menjadi masalah kerana parti masing-masing mempunyai kerusi tersendiri.

Tetapi ujarnya, masalah pertindihan kerusi ini wujud disebabkan Amanah tidak memiliki sebarang kerusi, dan mahu merampas kerusi PAS.
Malah Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Mahfodz Mohamed berkata, PAS menolak untuk berbincang, apatah lagi bekerjasama dengan DAP dan Amanah.

"Dulu DAP yang  singkirkan kita, lepas itu PAS dalam muktamar putuskan hubungan dengan DAP. Kerana DAP memang menentang Islam berterusan, presiden kita (PAS) dah tegaskan tidak akan bekerjasama dengan DAP.

"Amanah itu merupakan parti yang kecewa dengan PAS. Kita juga anggap (mereka) mengkhianati perjuangan PAS. Maka ketika ini kita memang tidak akan bekerjasama dengan kedua parti.

"Tapi yang lain, kita boleh berbincang. Macam sekarang dengan IKATAN. Mungkin dengan parti baru Bersatu (PPBM), walaupun kita belum membuat keputusan.

"Tetapi itulah dasarnya, mana-mana parti yang nak kita bersama, mestilah syarat utamanya (dan) menerima dapat bersama-sama memahami perjuangan Islam. Jangan masuk campur, walaupun dia tak suka, diam sajalah," tambah Mahfodz.
   
“Kita mempunyai kaedah baru dalam politik berdasarkan kepada politik matang dan sejahtera. Kita boleh bekerjasama dengan mana-mana parti politik khususnya yang menyokong untuk mendaulatkan Islam," ujarnya.

Hanya PAS yang sedia berhadapan dengan DAP dengan pendirian bahawa DAP memusuhi perjuangan Islamnya. PAS juga tidak gentar menghadapi Umno yang ditekan masalah dalaman dan kini cenderung mencari solusi melalui Islam.

Meskipun kini dituduh mesra Umno dan difitnah sudah termakan dedak Umno, PAS nampaknya berada di persada politik paling selesa ketika ini.

Pembangkang memerlukan kerjasamanya tetapi DAP dan Amanah jadi penghalang, Umno juga mahu menjinakkannya kerana kerenggangan PAS dengan pembangkang pasti mengukuhkan kedudukan Umno menghadapi PRU ke-14.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana