Bersih 5: Jawapan Nik Abduh kepada Husam

Dakwaan bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa bahawa Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mengatakan ahli PAS wajib menyertai perhimpunan Bersih 5 disangkal oleh Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh.

“Itu arahan parti masa itu. Bukan arahan peribadi Allahyarham. Dia Mursyidul Am yang memutuskan sesuatu atas sifatnya sebagai ketua Majlis Syura Ulamak.

“Kalau nak pakai arahan yang boleh berubah-ubah sifatnya itu daripada orang yang sudah mati, itu perangai penyembah kubur namanya,” jelas Nik Abduh lagi.

Menurut beliau lagi arahan yang bersifat peribadi dan jamaie (parti) yang tidak berubah daripada TGNA ialah supaya ahli-ahli PAS istiqamah dengan perjuangan Islam dan jangan menentangnya.

“Kenapa arahan yang ini tidak mahu ikut?” soal yang merupakan anak Nik Aziz dan Ahli Parlimen PAS Pasir Mas.

Husam dalam satu ceramahnya baru-baru ini berkata Nik Aziz berpesan ahli PAS harus sertai perhimpunan Bersih.

Sebelum ini, bekas setiausaha akhbar Nik Aziz, Ahmad Fadli Shaari mendakwa tindakan Husam menjaja nama bekas MB Kelantan dalam kempen politik PAN adalah tidak wajar kerana hubungan mereka renggang hingga ke akhir hayat tokoh PAS itu.

Demikian kata bekas setiausaha akhbar kepada bekas menteri besar Kelantan, Ahmad Fadli Shaari.

Bersih 2.0 akan mengadakan tunjuk perasaan Bersih 5 di ibu negara pada 19 November depan. PAS mengumumkan pihaknya tidak akan sertai tunjuk perasaan kali ini.

“Saya minta Datuk Husam berhenti menggunakan nama tok guru (Nik Aziz),” kata Fadli.

“Beliau pun tahu bahawa hubungan beliau tidaklah rapat dengan tok guru sehingga ke akhir hayat khususnya selepas PRU-13 dan saya minta beliau tidak menipu diri sendiri.”

Persepsi umumnya melihat Husam anak didik Nik Aziz. Sebelum ini, Husam mendakwa Nik Aziz akan mengikut jejaknya menyertai PAN sekiranya masih hidup.

PAN dibentuk oleh pemimpin PAS yang dikecewakan dalam pemilihan kepimpinan parti Islam tahun lepas.

Sebelum ini, ahli keluarga Nik Aziz turut meminta Husam untuk tidak menggunakan nama tokoh PAS itu dalam kempen politik PAN kerana beliau sudah meninggal dunia.

“Saya minta Husam jangan guna nama abang saya untuk berkempen. Saya tak izinkan dan semua adik-beradik, anak tok guru sendiri tak setuju Husam guna nama allahyarham,” kata Nik Din Nik Mat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana