Baru ada akai... warga Australia minta maaf, mengaku salah

Sembilan lelaki warga Australia  mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang, Khamis menimbulkan kegusaran am kepada orang awam atas tindakan memakai seluar renang bercorak Jalur Gemilang, Ahad lalu.

Hakim Harith Sham Mohamad membebaskan mereka dengan memberi amaran.

Mereka juga memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia atas tindakan memakai seluar renang corak bendera Malaysia ketika menyaksikan perlumbaan Formula Satu (F1) di Sepang itu.

Kesemua mereka yang berusia antara 25 dan 29 tahun mengaku melucutkan seluar bagi menunjukkan seluar dalam Jalur Gemilang yang telah menyebabkan gangguan awam ketika meraikan kemenangan pelumba Australia, Daniel Ricciardo.

Mereka adalah Jack Walker, yang merupakan penasihat dasar kepada menteri pertahanan Australia, Timothy Yates, Tom Whitworth, Tom Laslett, Nick Kelly, Edward Leaney, Branden Stobbs, James Paver dan Adam Pasfield.

Peguam terkenal Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mewakili semua mereka yang didakwa di bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan menyebabkan gangguan awam, yang membawa denda tidak melebihi RM400.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana