Baju Merah isytihar perang besar dengan Bersih

KUALA LUMPUR – Sejurus selepas dibebaskan dari tahanan reman, pemimpin Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini mengumumkan peperangan dalam skala besar-besaran terhadap kumpulan Bersih 5.0.

Katanya, kumpulan baju merah akan menggerakkan jentera di seluruh negara untuk menggempur kumpulan Bersih 5.0.

“Dengan pembebasan reman ini, saya isytiharkan peperangan secara habis-habisan dengan kumpulan Bersih 5.0.

“Penahanan saya tidak sedikit pun melemahkan semangat saya dan selepas ini, saya akan gerakkan seluruh jentera baju merah di seluruh negara untuk menggempur dan berperang dengan Bersih 5.0 yang cukup-cukup menjadi dajal dalam negara kita ini,” katanya.

Jamal berkata demikian kepada para penyokongnya di luar ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi selepas dibebaskan pada jam 4.45 petang tadi.

Sementara itu, dalam sidang media, Jamal turut mengumumkan gerakan tersebut akan mengadakan himpunan di Dataran Merdeka pada 5 November ini sebelum menuju ke perhimpunan besar-besaran pada 19 November.

“Untuk langkah seterusnya, kami akan mengadakan satu perhimpunan di Dataran Merdeka pada 5 November akan datang ke arah memulakan perhimpunan kami baju merah.

“(Ke arah) Gerakan merah yang lebih besar pada 19 November akan datang di mana Bersih 5.0 berhimpun,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana