Bajet 2017 Tidak Realistik, Muhyiddin Tidak Pernah Terlibat Sepanjang Menjadi Menteri

Bukan main lagi bekas Timbalan Perdana Menteri yang seorang ini selepas menjadi Presiden sebuah parti baru, gayanya tak nampak seperti baru menjadi pembangkang biarpun berpuluh tahun sebelumnya mengaku jati Barisan Nasional (BN) dan berdarah daging UMNO.

Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam turut sama dengan Ahli Parlimen pembangkang yang lain keluar dari Dewan Rakyat dan membuat bising membantah pembentangan Bajet 2017 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Hari ini, beliau yang kini Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kata bajet berkenaan tidak realistik dan gagal menangani isu teras mengenai pendapatan negara yang berkurangan.

Bukankah pada masa beliau menjadi Timbalan untuk Najib dulu, kerajaan sudah melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) untuk menampung pendapatan yang berkurangan ekoran kejatuhan harga minyak mentah.

Adakah Muhyiddin turut sama membantu dalam penghasilan bajet dulu atau tidak langsung terlibat biarpun sebagai Menteri penuh.

“Rakyat diberi ‘gua-gula’ melalui tawaran tertentu tetapi pada hakikatnya kerajaan tidak mempunyai dana.

“Aliran tunai juga adalah beban dan itu tidak diterangkan,” kata Muhyiddin.

Ini adalah belanjawan pertama dibentangkan Najib ketika Muhyiddin sudah dipecat dari UMNO dan bergrak sebagai pembangkang di bawah telunjuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pastinya Muhyiddin tahu jika mengadakan bajet tanpa ada dana mencukupi ia adalah satu kesalahan kerana menipu Parlimen.

Pada Januari 2015, ketika kerajaan membentangkan semula Semakan Semula Bajet, ia diadakan bagi menyusun semula peruntukan berikutan pendapatan negara sedikit susut berikutan kejatuhan harga minyak dan ketika itu Muhyiddin di dalam kerajaan.

Semakan semula itu bukanlah satu petunjuk negara dalam krisis tetapi rakyat dan semua pihak perlu tahu betapa kerajaan tidak mengemukakan bajet sekadar rekaan dan suka-suka.

Kalau sekadar suka-suka biar sahaja bajet yang sudah dibentangkan dengan janji manis tanpa ada tanggungjawab tetapi rakyat akan pasti marah akibat kesan ekonomi yang buruk.

Muhyiddin tidak perlu berlakon lebih-lebih kerana beliau sudah terlalu lama menjadi anak didik BN dan UMNO, kerana janggal sungguh apabila hendak berlagak sebagai pembangkang.

Beliau pastinya sudah arif bagaimana langkahnya Najib lakukan dan berjaya membentangkan bajet yang begitu lengkap dan begitu komprehensif serta merangkumi hampir semua lapisan masyarakat.

Tindakan Muhyiddin yang tersipu-sipu malu terpaksa ikut wakil rakyat pembangkang keluar dewan dan kemudian memegang pula sepanduk sebegitu amatlah dikesali serta menjatuhkan reputasinya sebagai seorang bekas ahli politik yang agak bagus pada satu masa dulu. –  pru14.tv
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment