BAJET 2017: TAK TAHAN HADAPI KEBENARAN, PEMBANGKANG TINGGALKAN DEWAN RAKYAT


 Ahli Parlimen pembangkang dari Pakatan Harapan hari ini telah menunjukkan sikap biadap, memalukan dan tidak matang dengan keluar dari Dewan Rakyat ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2017, di Parlimen.

Tindakan mereka yang turut disertai Tan Sri Muhyiddin Yassin itu yang bertindak meninggalkan Dewan Rakyat, menunjukkan bahawa mereka tidak tahan mendengar kebenaran yang dinyatakan oleh Perdana Menteri.

Hanya Ahli Parlimen PAS kekal berada di dalam Dewan Rakyat. Begitu juga dengan Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal  yang tidak mengikut jejak Muhyiddin untuk keluar dari dewan.

Ternyata Ahli Parlimen DAP, PKR, PAN dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak tahan mendengar berita-berita menarik yang diumumkan oleh Najib, dengan banyak manfaat telah diberikan kepada rakyat bukan sahaja melibatkan isu kebajikan malah pembangunan ekonomi dan kesejahteraan turut diberikan keutamaan.

Perbuatan Ahli Parlimen pembangkang yang meninggalkan dewan itu nyata memalukan apatah lagi ia disaksikan oleh berjuta-juta rakyat Malaysia. Mereka menonjolkan sikap seperti berada di dalam hutan rimba, tanpa mempedulikan arahan Yang diPertua Dewan Rak­yat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

“Ini pembentangan bajet. Ahli Berhormat ada peluang berbahas, jangan ganggu,” katanya. Namun ia tidak dihiraukan oleh pembangkang. Susulan itu, Pandikar yang berang dengan keadaan terbabit telah mengarahkan mereka keluar dewan.

“Ahli Berhomat kalau tidak mahu dengar bajet silalah keluar,” kata Pandikar.  Ternyata beliau kecewa dengan perbuatan Ahli Parlimen yang bersikap kebudak-budakan serta memalukan itu tatkala pembentangan bajet berkenaan disaksikan secara langsung oleh berpuluh juta rakyat Malaysia.

Keadaan berkenaan bagaimanapun tidak mengganggu tumpuan Perdana Menteri malah beliau sempat tersenyum dan mahu rakyat Malaysia menilai perangai pembangkang tersebut.

“Saya percaya rakyat seluruh negara boleh menilai perangai pembangkang. Terima kasih pada PAS yang duduk di dalam,” kata beliau yang kemudian meneruskan pembentangan bajet.

Najib sebelum itu sempat membidas Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sebelum ini menyatakan bahawa pembentangan bajet 2017 hanyalah sandiwara kerana kononnya kerajaan tidak mempunyai wang yang mencukupi.

Meskipun tidak menyebut nama Mahathir, namun semua tahu kenyataan berkenaan dibuat oleh bekas Perdana Menteri itu beberapa hari lalu.

`Ada pihak yang buat tuduhan #Bajet2017 adalah satu bikinan sandiwara, kononnya tanpa substance dan kerajaan tidak mempunyai wang yang mencukupi. Malah ada seorang pemimpin pembangkang menyebut pula, ‘Malaysia mengharungi ribut ekonomi yang sukar pada tahun ini’,” katanya.

Najib memberitahu, demi kepentingan negara, Barisan Nasional akan bersatu dan kepentingan rakyat diutamakan.

“Ribut-ribut di Kubang Pasu, angin sepoi dari Pekan, demi negara Barisan Nasional (BN) bersatu,
kepentingan rakyat kita utamakan,” yang disambut oleh laungan tepukan gemuruh oleh Ahli Parlimen BN.

Apa pun perbuatan Ahli Parlimen pembangkang itu menyerlah sikap mereka dan menjadikan rakyat marah serta bosan dengan perangai tidak senonoh itu hinggakan mereka digelar sebagai `monyet’ oleh netizen dalam media sosial.

Ia bukan sahaja menganggu rakyat yang mahu mendengar bajet yang dibentangkan sebaliknya ia juga adalah satu sikap yang kurang ajar.

Mereka sebenarnya tidak berminatpun untuk mendengar bajet yang dibentangkan sebaliknya memang sudah tertanam dalam fikiran mereka untuk mempersendakan dan memburukkan bajet 2017.

Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment