Bajet 2017: PM Akan Umum Sesuatu Mengenai BR1M, Inisiatif Lain

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan mengumumkan sesuatu mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan beberapa inisiatif lain pada pembentangan Bajet 2017 di Parlimen, Jumaat.

"Hakikatnya, setiap tahun kita dapat naikkan pemberian BR1M daripada RM500 pada 2012 sehingga RM1,050 pada tahun ini, dan kriteria layak menerima BR1M telah diperluaskan agar lebih ramai dapat manfaat," katanya dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya, Khamis.

Perdana menteri membidas dakwaan pembangkang kononnya Malaysia akan bankrap di bawah kepimpinan kerajaan Barisan Nasional, pada hal telah terbukti kerajaan mampu meningkatkan pemberian BR1M setiap tahun sejak ia diperkenalkan pada 2012.

Najib yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan Bajet 2017 esok.-- Bernama
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment