Azmin relaks ketika ratusan ribu penduduk Selangor mengeluh tak ada air

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali nampak relaks habis... dia boleh dilihat dua kali ke ke mahkamah mengiringi Tun Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau boleh berceramah politik di luar kawasan tatkala lebih seratus ribu rakyat Selangor berdepan krisis air yang cukup parah.

Ada yang tutup perniagaan, menyewa hotel dan mandi di masjid.

Tapi Azmin relaks-relaks sahaja.

Sedangkan penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Langat dan Cheras, Jumaat lalu (ketiga sejak bulan Oktober) berikutan pencemaran bau memberi kesan kepada pendapatan peniaga terutama pengusaha dobi dan restoran.

Tinjauan di sekitar Bandar Tun Hussein Onn, Taman Cheras Perdana dan Taman Taming Jaya, Balakong dekat mendapati, terdapat sebahagian peniaga ter­paksa mengambil tindakan drastik dengan menutup kedai mereka disebabkan ketiadaan bekalan air.

Pengusaha kedai dobi, Khairen Ghazali, 47, berkata, Kerajaan PKR Selangor seharusnya bertindak secepat mungkin bagi menangani masalah gangguan bekalan air yang telah lama berlarutan.

Beliau berkata, masalah ketia­daan bekalan amat menjejaskan perniagaannya yang amat memerlukan air dan perkara itu seakan-akan ‘membunuh’ punca rezekinya.

“Kerajaan negeri seharus­nya menunaikan janji ‘Kerajaan Berkebajikan’ yang selalu mereka laungkan selama ini dengan menyelesaikan masalah beka­­lan air kerana perkara ini bukan masalah baharu.

“Saya terpaksa menjalankan perniagaan hanya separuh hari disebabkan ketiadaan bekalan air, malah terpaksa menyelenggara penapis air dengan lebih ke­rap sekali gus menjejaskan pen­dapatan perniagaan,” katanya dipetik dari laporan Utusan Malaysia.

Sebanyak 299 kawasan di Kuala Lumpur dan dua buah daerah di Selangor iaitu Petaling dan Hulu Langat mengalami gangguan bekalan air disebabkan penutupan LRA Langat dan Cheras, Jumaat lalu ekoran kejadian pencemaran bau.

Kawasan-kawasan berkenaan akan menerima bekalan air secara berjadual mengikut ketetapan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) sehingga bekalan air pulih sepenuhnya.

Sementara itu, pengusaha restoran di Bandar Tun Hussein Onn, Md. Fauzi Talib, 60, meluahkan rasa kecewa disebabkan gangguan bekalan air sejak Sabtu lalu sehingga memaksanya menutup restoran berkenaan.

Katanya, masalah berkenaan bukan sahaja menjejaskan punca rezeki, bahkan pekerjanya turut merasai kesan ekoran kejadian tersebut jika restoran terpaksa ditutup.

“Saya membayar gaji pekerja secara harian, jika restoran ditutup disebabkan gangguan bekalan air seperti yang berlaku sejak Sabtu lalu, punca rezeki mereka (pekerja) juga terjejas,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Taming Jaya, Ibrahim Ismail, 64, berkata, ketiadaan bekalan air sememangnya menyukarkan kehidupan seharian penduduk.

“Kerajaan negeri seharusnya mendengar keluh kesah rakyat kerana isu berkaitan air ini bukan masalah baharu, sampai bila rakyat harus merana disebabkan gangguan bekalan air.

“Pihak bertanggungjawab seperti Syabas sepatutnya memberi notis sejak dari awal supaya penduduk dapat bersiap sedia, janganlah terus menutup bekalan air seperti yang berlaku sejak Jumaat lalu,” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana