Azmin buat perangai kebudak-budakan dalam Dewan Rakyat...

Jadi Menteri Besar ini kenalah ada gaya sikit... tapi bagi MB Selangor yang juga Ahli Parlimen Gombak Datuk Seri Azmin Ali, semua itu belakang kira.

Yang penting beliau dapat meluahkan emosinya yang meluap-luap terutama selepas kena tegur.

Sikap yang ditunjukkan Azmin cukup kebudak-budakan berkaitan kritikan Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar terhadap cara beliau menangani isu tersebut yang gemar menuding jari mencari salah orang lain.

Pada Khamis Dewan Rakyat kecoh apabila Azmin 'bertegang leher' dengan Noh  berkaitan pentadbiran Selangor khususnya isu pencemaran air dan projek rumah mampu milik.

Kenyataan Azmin "saya hanya akan bekerjasama dengan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar tetapi bukan dengan Tanjung Karang" telah membuatkan Noh mencelah untuk membela diri.

Azmin turut perli Noh berhubung perusahaan kolam udang yang dijalan di sebidang tanah seluas 30 ekar di Tanjung Karang - seluas kira-kira 15 padang bola - yang dimiliki Noh.

"Nak jaga kolam udang pun tak mampu...ada hati nak masuk campur hal pentadbiran negeri Selangor," ujar Azmin.

Dewan kecoh dengan pertelingkahan di antara dua MP itu walaupun speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Mulia telah memberi arahan untuk menghentikan perbahasan.

Kekecohan berlaku hampir sepuluh minit sehinggakan setiap kata yang dituturkan oleh kedua MP tersebut tidak jelas didengar.

"Ni (tuding jari kepada Noh) penyangak...penyamun...," kata Azmin berulang-ulang.

Perbahasan ditangguhkan oleh speaker Dewan Rakyat dan akan disambung pada 2.30 petang.

Ketika ditemui, Noh berkata beliau mencelah kerana terdengar namanya di sebut Azmin sedangkan pada masa tersebut, beliau berada di ruang khas MP.

"Saya di dalam lounge tadi. Terkejut bila Azmin sebut nama saya. Tu saya terus masuk. Sebelum tu tak jelas apa dia cakap awal-awal," katanya.

Noh tidak memberi komen berhubung gelaran penganyak dan penyamun yang diberikan oleh Azmin kepadanya.

"Biarlah dia," jawab Noh ringkas.

Azmin tertekan dengan kes air di Selangor kerana jelas menunjukkan ketidakcekapan kerjaan pimpinan PKR menangani krisis tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana