Apa perlu belajar demokrasi daripada seorang diktator...?

Di mata mereka yang memahami sejarah Malaysia, agak menghairankan bila mendengar Tun Mahathir Mohamad bercakap tentang demokrasi.

Baru-baru ini, beliau secara terbuka mengakui menjadi seorang diktator ketika memegang tampuk kuasa - sesuatu yang sudah kita ketahui sebenarnya.

Ia menjadi lebih ironik apabila sekutu baharu Dr Mahathir dalam barisan pembangkang, kini mempelajari tentang demokrasi daripada beliau. Pemimpin utama pembangkang iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng semuanya pernah dipenjarakan sewaktu Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Seorang lagi sekutu baharu, Dato' Zaid Ibrahim, pernah menyifatkan pentadbiran Dr Mahathir sebagai `autoritarian' dan demokrasi UMNO `mati' di bawah pimpinannya, selain memusnahkan sistem perundangan serta kebebasan kehakiman Malaysia. Tetapi kini Zaid tetap meminta Dr Mahathir kembali memerintah.

Mujurlah kebebasan sistem kehakiman dan perundangan sudah dipulihkan. Undang-undang yang digunakan oleh Dr Mahathir secara sewenang-wenang untuk menekan mereka yang menentang beliau, seperti Akta Rahsia Rasmi (ISA), telah dihapuskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Kebebasan untuk menyatakan bantahan dijadikan sebahagian daripada undang-undang buat pertama kalinya menerusi Akta Perhimpunan Aman, manakala demokrasi Malaysia tumbuh subur dalam suasana yang tidak pernah dinikmati di bawah pemerintahan Dr Mahathir.

Hakikatnya, Dr Mahathir kecewa kerana gagal menggulingkan Kerajaan yang dilantik secara demokrasi demi membuka jalan, supaya anaknya yang kecundang dalam politik dapat menjadi Perdana Menteri. Beliau marah kerana terus gagal dalam pilihan raya bersama sekutunya. Sebagai contoh, dua pilihan raya kecil dan Pilihan Raya Negeri Sarawak tahun ini yang disifatkan oleh Dr Mahathir sebagai pungutan suara terhadap Perdana Menteri, telah menyaksikan rakyat memberi kemenangan besar kepada Barisan Nasional dengan majoriti lebih besar berbanding sebelumnya.

Rakyat tidak lagi mengendahkan bebelan menyedihkan dan semakin mengarut seorang bekas pemimpin lanjut usia. Tambahan pula, apa perlunya kita belajar demokrasi daripada insan yang mengakui dirinya seorang diktator?-3/10/2016

Datuk Abdul Rahman Dahlan
Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional
Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana