ANWAR TIDAK MAMPU SATUKAN PEMBANGKANG KATA PAS

Anwar Tidak Boleh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim tidak boleh menyatukan pembangkang kerana dia hanya manusia biasa yang tidak lari dari kesilapan, tegas Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS pusat Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali.

Tambah Mohd Khairuddin, faktor penyatu PAS dengan pembangkang lain bukan berpaksikan individu sebaliknya berasaskan Islam.

“Masalah kita pada hari ini hanya bergantung kepada orang dan individu untuk satukan manusia. Individu itu mungkin banyak buat silap.

“Islam lebih kuat untuk menyatukan manusia, bukan individu. Kita tidak perlukan individu untuk menyatukan manusia. Kita perlukan Islam untuk menyatukan tidak kira siapa, ” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar yang dahulunya PAS kini telah melompat parti ke dalam PKR.
Kamaruddin dalam kenyataannya semalam mendakwa harapan rakyat untuk melihat Anwar menyatukan pembangkang belum dapat dipastikan lagi selepas Mahkamah Persekutuan menangguhkan penghakimannya ke suatu tarikh yang belum ditetapkan.

Semalam, Mahkamah Persekutuan mendengar permohonan Anwar untuk semakan semula hukuman penjara selama 5 tahun, selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015 mengekalkan sabitan kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Sementara itu, Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Mahfodz Mohamed berkata jika Anwar bebas sekalipun dia masih belum mampu untuk menyakinkan PAS supaya bersatu dengan parti pembangkang lain.

“Untuk bergabung dengan PKR mungkin ada tetapi untuk satukan semua pembangkang itu agak sukar,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana