Anwar kalah lagi kes mahkamah... kali ini berkaitan liwat pulak
Hakim Syariah Mohamed Fouzi Mokhtar memutuskan bahawa ia tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan yang berkaitan dengan liwat.
Beliau berkata negeri Selangor tidak menganggap liwat satu kesalahan sama dengan zina.
Menurutnya, walaupun penerimaan majoriti ulama Islam bahawa liwat boleh dimasukkan di bawah zina.
Mahkamah tersebut, katanya, mempunyai bidang kuasa yang terhad dan hanya boleh melaksanakan dan mentafsirkan undang-undang.
Dalam keputusan lisannya, beliau berkata, oleh kerana bidang kuasa yang terhad, maka terpulang kepada badan perundangan negeri atau badan perundangan persekutuan untuk memperluaskannya.
Keluarga Anwar memfailkan saman qazaf terhadap Shafee pada Jun tahun lepas.
Pada Isnin, Anwar juga kalah saman fitnahnya terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan diarah membayar kos sebanyak RM100,000.
Comments