Anggukkan Saja Apa Mereka Kata, Nanti ‘Sentap’…

Sejak PPBM ditubuhkan, tidak dinafikan ada yang keluar parti dan menyertai parti baru itu. Khabarnya kini sudah ‘berjuta-juta’ ahli telah mendaftar ekoran borang keahlian parti itu yang disifatkan bagai ‘pisang goreng panas’ oleh penyebar propaganda Facebook mereka.

Jika didengar pada mereka, mungkin ‘kecut perut’ juga dibuatnya. Yang tubuhkan parti itu bekas Timbalan Perdana Menteri, pengerusinya bekas Perdana Menteri ‘diktator’ yang ‘maha-maha’ segalanya, malah Naib Presidennya pula bekas Menteri Besar yang juga anak kepada bekas Menteri Perdana itu. ‘Hebat’, kan?

Namun begitu, sejarah negara telah melihat beberapa bekas Timbalan Perdana Menteri, Perdana Menteri dan Menteri Besar yang sama spesis seperti mereka. Ironinya, semua bekas-bekas Timbalan Perdana Menteri, Perdana Menteri dan Menteri Besar itu keluar parti disebabkan oleh individu yang sama!

Sejarah politik negara juga menyaksikan mereka-mereka itu tidak ke mana. ‘Pi mai pi mai tang tu juga’. Ada yang kembali pada UMNO dan ada yang tidak. Asam garam politik memang begitu, tiada yang mustahil dan bergantung kepada kepentingan politik pihak terbabit.

Melihat pada mereka-mereka yang keluar UMNO, penulis yakin bahawa ramai yang kenal sikap sebenar mereka di peringkat Cawangan mahupun UMNO Bahagian. Mereka punya ‘profile’ dan ramai yang ‘tahu’ siapa mereka.

Rata-ratanya boleh dikatakan mereka adalah golongan ‘serba-serbi tahu’, ‘serba-serbi betul semuanya’, ‘bantah serba-serbi’, ‘protes segalanya’, ‘radikal’, ‘kurang kasih sayang dan perhatian’, dan selebihnya tidak lebih dari golongan ‘pak turut’.

Di kalangan pemimpin pula, rata-ratanya mereka merupakan golongan yang dikenal pasti sebagai ‘kecewa hilang jawatan’, ‘kecewa tidak dipilih jadi ketua’, ‘kalah bertanding’, ‘rasa bagus’, ‘betul semua’ dan ‘kecil hati tidak terpilih jadi calon’.

Dalam konsep jemaah, persatuan, pertubuhan, perpaduan mahupun kebersatuan berpandukan demokrasi, mereka-mereka itu dilihat sebagai ‘virus’ dalam parti yang cenderung bertindak untuk kepentingan diri sendiri tanpa berfikir panjang.

Memandangkan mereka rasa ‘semua betul’ dalam apa jua pendirian, mereka sangat sukar untuk menerima apatah lagi menghormati pandangan orang lain. Jadi, tidak hairanlah jika agak ramai di media sosial meluahkan rasa mereka sajalah yang ‘betul-betul belaka, orang lain semua salah’.

Jadi, jangan terkejut jika mereka sudah bermimpi untuk menjadi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Menteri Besar, Exco, Ahli Parlimen, Adun, malah ada yang mula bercita-cita jadi Ahli Majlis Daerah…

Dan jangan pula terkejut jika mereka akan mendakwa BN akan tewas di peringkat Federal pada PRU ke-14 ini termasuk hilang beberapa negeri seperti Johor, Kedah dan sebagainya. Tolonglah ‘percaya’ dan ‘iya’kan saja apa yang mereka kata supaya tiada yang kecil hati.

Kita patut ‘percaya’ apa saja yang mereka kata. Kalau mereka kata ’16 September’, percaya saja. Jika disebut ‘saya jadi PM lepas PRU ke-14 ini’, anggukkan saja. Sekiranya terbit dari mulut mereka ‘aku akan jadi Ahli Majlis’, kita senyum saja. Jangan ketawa, nanti ‘sentap’ pula.

Tapi seperti biasa, retoriknya sudah pasti akan diucap ‘saya tak gila jawatan’, ‘kalau diberi jawatan pun saya tolak’, ‘saya ikhlas dalam perjuangan’ dan seumpamanya. Kita pun kenal ‘perangai’ mereka ketika dalam UMNO sebelum ini, bukan? Layan sajalah…

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana