Aksi tentang Bersih 5.0 bermula…lebih 3,000 gegarkan Persiaran Gurney di Pulau Pinang

Ini bukan main-main.Mungkin ada yang sebelum ini ingat Kumpulan Merah dan Pemuda UMNO cuma gertak saja untuk gagalkan himpunan kumpulan haram Bersih 5.0 yang akan diadakan pada 19 November ini.

Bukan setakat itu ada yang dakwa mereka tidak mungkin dapat kumpulkan ramai penyokong untuk menentang himpunan Bersih yang akan masuk kali kelima itu.

Hari ini penganjur Bersih melancarkan konvoi di di beberapa lokasi seluruh negara untuk pukul canang mengenai himpunan  itu.

Mereka yang berada di Persiaran Gurney di Pulau Pinang pada jam 2 petang Sabtu dapat melihat sendiri ‘ lautan merah’  bila lebih 3,000 orang menyertai Perhimpunan Bangkit Pulau Pinang 2016 anjuran Pemuda UMNO Pulau Pinang.

Kebanyakan mereka datang menaiki motosikal dengan memakai t-shirt warna merah.

Mereka antara lain melaungakan …"Undur Guan Eng, Undur Perasuah"…, " Hancur DAP! " dan "Hidup Pemuda".

Mesej yang ingin mereka sampaikan ialah desak Ketua Menteri, Lim Guan Eng meletak jawatan berikutan dakwaan dua kes rasuahnya di mahkamah dan menentang penganjuran Bersih 5.0.

Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim berkata, Himpunan Bangkit Pulau Pinang 2016 itu turut bertujuan menggesa polis tidak memberi permit kepada Perhimpunan Bersih  yang dijangka diadakan di Pulau Pinang 19 November nanti.

“Hari ini kita berhimpun di sini untuk menunjukkan kepada masyarakat bahawa jika Bersih diadakan di sini, ramai peniaga terganggu dan aktiviti orang awam terjejas. Ini baru 3,000 orang, kita dah nampak ia mengganggu orang ramai.

“Oleh itu, kita tentang habis-habisan Perhimpunan Bersih di Pulau Pinang. Selain itu, kita juga gesa Guan Eng undur kerana kes rasuahnya yang sudah dibawa ke mahkamah,” katanya ketika berucap semasa himpunan tersebut.

Beliau memberi amaran jika Bersih 5.0 diteruskan pada 19 November ini di negeri itu,10 kali ganda jumlah peserta Himpunan Bangkit hari ini yakni sekitar lebih 30,000 akan turun.

Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun yang turut hadir berkata perhimpunan aman ini adalah sebagai bukti bahawa anak jati negeri tidak mahu Guan Eng terus memimpin Pulau Pinang.

"Bagaimana seorang pemimpin yang sedang didakwa kerana salah laku rasuah boleh terus mentadbir? Perkara ini adalah sesuatu yang amat pelik dan dangkal.

"Guan Eng perlu tahu bahawa semua rakyat Pulau Pinang menolaknya. Kita tidak mahu pemimpin yang rasuah," katanya.

“Kalau serang Najib Razak  bermakna serang UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Kalau serang UMNO dan BN maka Pemuda seluruh negara akan bangkit. Jangan serang pemimpin kami’,tegas Khairul Azwan.

“Jangan cabar kami! ,”katanya.

Tambah Azwan, rakyat negara ini tidak mudah ditipu lagi dengan permainan politik kotor pembangkang.

Himpunan bersurai secara aman jam 4.15 petang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana