Akhirnya, Ezam Menjilat Ludahnya Sendiri

Semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada UMNO dan disumbatkan kedalam penjara akibat salah laku liwatnya, antara individu yang cukup lantang mengecam tindakan Tun Dr Mahathir pada waktu itu adalah Datuk Ezam Mohd Nor. Beliau pernah berkata, “Mahathir adalah perosak dan pengkhianat bangsa Malaysia. Saya akan tempur beliau habis-habisan. Ini janji saya!

Selepas itu, beliau menjadi antara orang kuat PKR sehinggalah beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan PKR dan menyertai UMNO. Tidak lama selepas menyertai UMNO, Ezam dilantik sebagai Senator dalam kerajaan hari ini.

Namun begitu, tindakannya meninggalkan UMNO buat kali kedua, agak sedikit mengejutkan. Ketika ramai pihak menjangkakan, Ezam akan menyertai semula PKR, beliau mengambil keputusan untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang kini dikuasai oleh orang yang pernah disumpahnya satu ketika dahulu, Tun Dr Mahathir Mohamad..

Melihat daripada gambar-gambar yang telah tersebar di media-media sosial hari ini, Ezam telah mengadakan pertemuan dengan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi tadi dan menyerahkan borang keahlian sebagai ahli parti serpihan UMNO itu.

Menurut sumber, Ezam mengambil keputusan berkenaan bagi mempertahankan prinsip perjuangannya dan demi melakukan perubahan di negara ini. Adakah benar dakwaan beliau kerana jika diimbas, sewaktu mengumumkan penyertaan semulanya kedalam UMNO, beliau turut menggunakan alasan yang sama termasuk dikatakan mempunyai bukti penyelewengan dalam PKR, sesuatu yang tidak pernah beliau dedahkan selama menyertai UMNO.

Agak menarik untuk diperkatakan, bagaimana beliau menjadi contoh terbaru, seorang ahli politik yang langsung tiada pendirian dan sanggup untuk menjilat ludahnya kembali. Mungkin Ezam terlupa bahawa parti baharu yang disertainya adalah diketuai oleh individu yang sama yang pernah memecat mentornya satu ketika dahulu.

Malah, individu itu jugalah yang pernah disumpah Ezam sewaktu melayakkannya menyertai PKR satu ketika dahulu. Namun begitu, terdapat khabar angin yang mengatakan, Ezam sememangnya dihantar oleh Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail bagi memantau perkembangan PPBM dari dekat. Namun perkhabaran ini tidak dapat dipastikan kebenarannya.

Sudahlah beliau pernah gagal untuk mendedahkan bukti yang kononnya ada pada beliau yang mengaitkan salah laku kerajaan menerusi “kotak-kotaknya”, kini beliau turut mengemukakan alasan yang sama untuk membenarkan penghijrahannya ke dalam sebuah parti yang diterajui oleh orang yang amat dibencinya satu ketika dahulu.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL