Yang Dipertuan Agong beritahu PM mengenai pertemuan dengan Dr Mahathir

Sedikit sebanyak kisah apa jadi semasa Tun Dr Mahathir Mohamad mengadap Yang Dipertuan Agong untuk serah Deklarasi Rakyat yang dinaunginya pada 15 September lalu kini ' sudah keluar'.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah memberitahu kepada beliau mengenai pertemuan yang berlangsung di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah itu.

Dalam satu kenyataan Rabu malam,Perdana Menteri kata Yang Dipertuan Agong telah beritahu bekas Perdana Menteri itu bahawa baginda tidak boleh mencampuri usaha yang dibuat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

"Dalam pertemuan itu, baginda mengambil maklum perkara yang dibangkitkan oleh Tun Dr Mahathir.

"Walau bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong turut menjelaskan kepada Tun Dr Mahathir bahawa baginda tidak boleh mencampuri usaha yang dibuat oleh PPBM," kata Najib.

Perdana menteri berkata, ini kerana deklarasi dibuat PPBM tidak mengikut perlembagaan dan sebarang tindakan sepatutnya diuruskan menurut amalan lazim iaitu melalui Parlimen dan sistem pilihan raya bagi rakyat membuat keputusan.

Najib tidak memberitahu bila beliau mengadap Yang Dipertuan Agong.

Namun dipercaya ia semasa majlis mengadap mingguan sebelum Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat kabinet Rabu.

Dr Mahathir sendiri setakat ini terus membisu mengenai pertemuan beliau dengan Yang Dipertuan Agong.

Blogger Raja Petra mendakwa beliau dapat maklumat bekas Perdana Menteri itu cuma bawa Deklaarsi Rakyat yang ditandatangani oleh 45 orang yang hadiri majlis pelancaran deklarasi itu saja dan bukan lebih sejuta yang didakwa dikutip.

Beliau dakwa bahawa pertemuan itu adalah satu kegagalan bagi Dr Mahathir kerana ia tidak capai apa yang diharapkannya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana