Waspada provokasi DAP mengenai persempadanan semula

DAP cuba mengelirukan rakyat apabila mengaitkan isu persempadanan semula dengan dakwaan bahawa Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar bakal dilantik sebagai menteri besar.
Exco Pemuda UMNO, Dazma Shah Daud berkata, kenyataan Setiausaha Eksekutif (Publisiti) Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP, Muhammad Shakir Ameer berbaur hasutan apabila meminta rakyat menentang persempadanan semula dengan alasan ia adalah agenda BN untuk melantik Noh menjadi pemimpin kerajaan tertinggi di negeri itu.
“Kerja DAP memang sinonim dengan manipulasi, hasutan dan dakwaan tidak berasas, semata-mata mahu mengelirukan rakyat demi kepentingan politik mereka.
“Saya mahu tegaskan persempadanan semula ini tiada kaitan langsung dengan agenda untuk lantik sesiapa sebagai MB (menteri besar)..Saya minta rakyat Selangor jangan mudah terpengaruh dengan propaganda DAP itu,” katanya dalam satu kenyataan.
Dazma berkata, pembangkang terutamanya DAP sekarang ini rancak memainkan isu persempadanan semula kawasan pilihan raya dengan melemparkan pelbagai tuduhan tidak berasas sama ada terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahu pun kerajaan.
“Sepatutnya mereka (pembangkang) guna saluran yang sah untuk membuat bantahan kerana SPR memberi tempoh yang cukup kepada semua pihak mengemukakan sebarang pandangan atau idea mengenai isu persempadanan semula ini.
“Jangan hanya tahu nak mengadu domba sana sini dengan buat macam-macam cerita tak berasas, amalkan cara berpolitik matang,” katanya.
Sebelum ini, Muhamad Shakir dalam kenyataannya melalui portal pembangkang mendakwa Selangor akan melihat Noh dilantik sebagai menteri besar sekiranya cadangan persempadanan semula oleh SPR tidak dibantah sekeras-kerasnya.
Beliau memberikan persoalan kepada rakyat Selangor adakah mereka sanggup menerima Noh yang didakwa seorang pemimpin yang tidak prihatin rakyat sebagai menteri besar?
Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang menunggu bantahan bersabit isu persempadanan semula kawasan pilihan raya daripada semua pihak terutamanya daripada parti politik termasuk Barisan Nasional (BN) dan pembangkang.

Setiausahanya Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, pihaknya masih terbuka untuk menerima apa jua bantahan memandangkan cadangannya belum dimuktamadkan.

"Jika wujud rasa tidak puas hati berhubung cadangan ini, kemukakan bantahan. Semua pihak sama ada parti politik tidak kira kerajaan atau pembangkang, pihak berkuasa tempatan (PBT) atau pengundi berhak untuk menyuarakan bantahan.

"Sebab itu kita adakan pameran fasa pertama ini. Kita beri peluang kepada semua pihak untuk kemukakan pandangan kerana ia sebahagian daripada proses yang mengikut undang-undang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas reaksi negatif parti-parti politik termasuk BN berhubung cadangan berkenaan.

Abdul Ghani berkata, selepas proses bantahan bertulis berakhir pada 14 Oktober depan, SPR akan bersemuka dengan pihak yang terlibat bagi mendengar kebimbangan yang dibangkitkan semua pihak.

SPR sedang mempamerkan Syor Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Sabah selama satu bulan bermula 15 September hingga 14 Oktober.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana