Selangor: Desak PRN Awal, Cara DAP Nak Singkir Azmin?

KALAU ikutkan DAP sekarang hanya ada 14 kerusi di Selangor, dari 15 yang mereka menang dalam PRU13.  Satu tu, ADUN Teluk Panglima Garang dah dibuang kerana songlap peruntukan katanya.  Tapi dalam DAP ni macam-macam, kata dah keluar, kata dah kena buang tapi percakapan, perbuatan menunjukkan mereka masih penyokong DAP yang setia.

Apa pun ia berkenaan desakan DAP agar DUN kerajaan Selangor dibubarkan lebih awal kerana kononnya persempadanan semula yang dicadang SPR bakal menyebabkan Pakatan kalah dalam PRU14 yang akan datang.

Ini yang sikit pelik.  Kalau ikut gebang dalam media sosial, BN ni dah takde penyokong lagi dah.  Bila-bila diadakan pilihanraya pun BN akan kalah.  Sekarang dengan macam mana pulak persempadanan semula sahaja boleh menyebabkan Pakatan tumbang di Selangor?

Macam tidak logik, dah kemana ‘kuasa rakyat’ yang sering digebangkan?  Lagipun, bila diadakan persempadanan semula, yang terlibat bukan sahaja Pakatan, bahkan juga BN. Macam mana kita nak tahu persempadanan ini menguntungkan BN dan merugikan Pakatan, kalau sebaliknya macam mana?

Sebab itu penulis melihat ini tidak lain tidak bukan, cara DAP untuk menyingkirkan Azmin lebih awal dan meletakkan orang mereka sendiri sebagai Menteri Besar di Selangor.  Dari awal kita tahu Azmin bukanlah pilihan DAP untuk menjadi Menteri Besar tapi Azizah bininya Anwar.  Tapi kerana hal-hal tertentu antara lain Menteri Besar Selangor mestilah Melayu dan Islam disamping sokongan kuat yang Azmin dapat dari PAS, apa pilihan yang DAP ada?

Hal kononnya persempadanan semula ni hanyalah alasan saja sebab kita sendiri pun tidak tahu sejauh mana persempadanan semula ini boleh menyebabkan Pakatan kalah di Selangor?  Kawasan mana yang nak disempadankan ini pun kita masih tidak tahu lagi, dah DAP claim kata Pakatan akan kalah, ini sudah tentu tidak masuk akal.

Sekalipun dalam masa yang sama kita tahu DAP dah lama ‘mensempadankan semula’ (memindahkan) pengundi mereka di kawasan-kawasan tertentu bagi memastikan kemenangan selesa dan persempadanan semula rasmi seperti nak dibuat SPR ini boleh mempengaruhi sokongan di kawasan-kawasan berkenaan tapi seperti cakap tadilah, kawasan mana yang nak disempadankan pun belum tahu, apa cerita nak kalah awal?

Tidak hairan kenapa Azmin menagih sokongan Mahathir, rupanya dia tahu ini akan berlaku. Bercakap tentang hal itu (Azmin dan Mahathir), dengan Azmin membontoti Mahathir, dengan Mahathir bekerjasama dengan DAP – nampak macam ada sesuatu kat situ.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana