Saya mahu tanding di Kedah, kata Mukhriz..sekutu DÀP perlu dinyahkan

SHAH ALAM: Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyangkal dakwaan segelintir pihak yang menjangkakan beliau akan bertanding di Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak.
 
Sebaliknya bekas Menteri Besar Kedah itu menegaskan, beliau akan bertanding di negeri yang pernah dipimpinya sebelum ini.
 
"Saya sendiri akan mengetuai PPBM di Kedah (Pengerusi PPBM Kedah), malah saya juga akan bertanding di Kedah. Kawasan mana biarlah dirahsiakan dulu.
 
"Telahan konon saya akan bertanding di Putrajaya oleh pihak tertentu adalah silap. Saya pilih Kedah," katanya yang dipetik akhbar Sinar Harian.
 
Mukhriz yang meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah pada Februari lalu, merupakan ADUN Ayer Hitam. 
 
Jawatan beliau kini digantikan dengan ADUN Bakar Bata, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah. 
 
Mukhriz dalam wawancara itu turut berharap agar penyertaan rakyat sebagai ahli PPBM bukan disebabkan simpati kepada beliau.
 
"Pada peringkat awal, mungkin itu (peletakan jawatan) antara sebabnya. Namun selepas tragedi itu, kami perlu serius tunjukkan bahawa PPBM adalah alternatif yang boleh diyakini," kata beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana