PPBM ganti UMNO... Muhyiddin cakap besar dengan media asing


Berada dalam dunia fantasi dan hanya mengeluarkan kenyataan melalui facebook... tapi bekas TPM yang digugurkan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin bercakap besar mendakwa UMNO mungkin tak boleh bertahan sehingga PRU14.

Mendakwa dirinya anak ustaz, Muhyiddin yang dipecat dari UMNO bercakap seolah-olah beliau merupakan ketua umum pembangkang apabila mendakwa parti pembangkang akan membentuk pakatan baharu menjelang akhir tahun ini apabila semakin ramai ahli UMNO bertukar ‘kapal’.

Jelas Muhyiddin, Pakatan itu menyasarkan untuk menyingkir Najib, serta menyingkirkan gabungan parti pemerintah, diketuai UMNO.

“Parti itu berdepan sokongan yang semakin berkurangan dan ramai tidak pasti sama ada UMNO akan bertahan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang,” kata Muhyiddin yang juga bekas timbalan perdana menteri.

Ramai juga melihat beliau sebagai bakal perdana menteri daripada pihak pembangkang.

PRU akan datang dijangka sebelum hujung 2018 dan Najib, ketika lawatannya di Berlin berkata, beliau tidak bercadang mengadakan PRU lebih awal.

Dalam temu bual bersama Reuters, Muhyiddin tidak menyatakan siapa pemimpin UMNO yang berpotensi menyertainya memandangkan parti baharunya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

“Ramai pemimpin UMNO berminat menyertai PPBM kerana tidak selesa dengan masalah dihadapi parti pemerintah kerana imej Najib yang tercemar,” kata Muhyiddin.

Untuk rekod, semakan Agendadaily di dua tempat, pendaftaran parti Muhyiddin hanya dibuat di kedai-kedai mamak dengan yang muncul isi borang tidak sampai 15 orang.

Seorang jurucakap kerajaan menolak kenyataan Muhyiddin yang menyatakan ia hanya helah untuk membangkitkan semula kariernya.

“Sudah lebih setahun Muhyiddin dakwa yang pemimpin UMNO, dan rakyat Malaysia hendak masuk parti itu.

“Ini membuktikan ia hanya angan-angan, dengan BN memenangi semua 3 PRU dan parti itu semakin bersatu,” kata jurucakap itu.

Parti baharu itu dipengerusikan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Anaknya, Mukhriz yang juga bekas menteri besar Kedah, juga menjadi ahli parti itu.

Pemimpin pembangkang sedar mereka perlu bekerjasama untuk mengelak pertandingan banyak penjuru yang boleh memecahkan undi dalam PRU, kata Muhyiddin.

“Saya mahu lihat pakatan ini ditubuhkan tidak lama lagi, sebelum akhir tahun,” katanya.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment