Perlukah Kita Simpati Pada Ratu Naga

SEORANG perempuan yang berhaluan pembangkang, Syarul Ema Rena Abu Samah atau lebih dikenali sebagai Ratu Naga makin lantang “menyalak” dan memuat naik status yang berunsur fitnah terhadap kerajaan Barisan Nasional, pemimpin tertinggi negara, ahli keluarga pemimpin, institusi Raja, TPPA dan lain-lain lagi.

Kini beliau “menyalak” lagi apabila anggota polis membawa beliau ke balai ekoran status yang dimuatnaik di media sosial berbaur fitnah dan hasutan.

Dalam usaha untuk meraih simpati beliau dikatakan menghidangkan ceritera sedih seolah-olah dianiaya oleh pihak berkuasa sedangkan Syarul Ema ini tidak pernah mempunyai sebarang belas kasihan atau keinsafan dalam diri apabila memfitnah mangsa-mangsa beliau. Perlukah kita bersimpati dengan Syarul Ema ini?

Malah menurut beberapa sumber, cerita Syarul Ema meraih simpati tersebut amat diragui kesahihannya terutama berkenaan status perkahwinan dan anak beliau memandangkan tidak ada sebarang bukti yang dapat mengesahkan ceritera tersebut.

Baru-baru ini beliau telah dikunjungi anggota polis kira-kira jam 12.30 tengah malam semalam (Selasa). Syarul Ema sekali lagi ditanya berhubung posting berkaitan Sultan Pahang dan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor semasa majlis rumah terbuka Datuk Seri Najib Razak di Pekan sempena Aidilfitri lalu.

Pihak polis turut memaklumkan kepada beliau bahawa satu laporan dan kertas siasatan akan dibuat sebelum diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

Pada 2 Ogos lalu seramai 14 anggota polis dari Bukit Aman dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia menyerbu rumah Syarul Ema ekoran laporan polis terhadap posting beliau di Facebooknya serta tiga akaun lain.

Ramai pihak yang telah menjadi mangsa kejahatan Syarul Ema.  Sikap tidak berhati perut beliau telah melukakan hati serta menganggu ketenteraman awam. Oleh itu, mereka mendesak agar pihak berkuasa mengambil tindakan sekeras-kerasnya terhadap Syarul Ema agar menjadi pengajaran kepada pihak tidak bertanggungjawab yang menjadikan media sosial sebagai medium untuk melakukan kejahatan.

PRU14.tv

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana