Pakatan Harapan 'tidak layan' kami, kata Presiden BERJASA...Habis Nak Bersama sama Dengan DAP KEr?

SHAH ALAM: BERJASA Parti Koperasi (BERJASA) yakin penyertaan mereka ke dalam Gagasan Sejahtera pimpinan PAS akan menambah nilai selain mengukuhkan blok ketiga itu, untuk menjadi parti altenatif selain Umno Barisan Nasional (BN).

Presidennya Datuk Seri Mustapa Kamal Maulut bagaimanapun berkata keputusan untuk menyertai Gagasan Sejahtera dibuat selepas permohonan BERJASA untuk menyertai Pakatan Harapan (PH) tidak dilayan.

"Sebelum ini kita secara bersama sudah mengemukakan hasrat (untuk sertai) Pakatan Harapan tetapi (kepimpinan gagasan itu) tidak mengambil endah hasrat kita," dedah Mustapa ketika dihubungi Antarapos.

BERJASA semalam mengumumkan hasrat menyertai Gagasan Sejahtera sebagai persediaan untuk menghadapi Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) yang dijangka diadakan kurang dua tahun daripada sekarang.

Hasrat untuk menjadi parti komponen dalam Gagagsan Sejahtera disuarakan kepada Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan yang turut di saksikan Setiausaha Agung Parti Ikatan Malaysia (IKATAN), Tengku Ahmad Mudzaffar Tengku Zaid.

Mengulas lanjut Mustafa berkata beliau yakin masa depan BERJASA bersama Gagasan Sejahtera, amat cerah.

Malah beliau berkata Gagasan Sejahtera yang dianggotai PAS, IKATAN dan BERJASA sudah bersedia untuk menjadi alternatif kepada rakyat untuk mengambil alih kerajaan selepas PRU14.

"Gagasan Sejahtera yang dianggotai oleh PAS, Parti Ikatan dan BERJASA akan jadi altenatif kepada Umno yang memerintah sekarang. Walaupun rakyat mendapati banyak kelemahan yang berada dalam pemerintahan Umno BN tapi mereka sedang menunggu apakah parti altenatif untuk mereka sertai dan memerintah Malaysia.

"Saya percaya bahawa dengan paduan PAS, Parti IKATAN dan BERJASA akan saling "check dan balance" dan layak untuk kita jadi altenatif kepada rakyat Malaysia," katanya lagi.

PAS membentuk Gagasan Sejahtera bersama IKATAN selepas enggan menyertai PKR, DAP dan Amanah untuk membentuk Pakatan Harapan.

Mustafa ketika ditanya apakah matlamat politiknya pada PRU14 kelak berkata parti itu berhasrat untuk bertanding di lapan kerusi DUN Selangor.

"BERJASA sebelum ini mengumumkan secara berperingkat akan bertanding di lapan DUN di Selangor, dan akan umumkan kerusi mana. Tetapi bersama dengan Gagasan Sejahtera kita akan berunding dengan PAS dan Ikatan di kerusi-kerusi lain.

"Pada pandangan BERJASA adalah sangat strategik dan kita mempunyai peluang untuk menang di tempat itu. Tambahan lagi pada pandangan kita bahawa kerusi ini tidak ditandingi oleh PAS," ujar Mustafa.

Kerusi itu ialah Batang Kali, Kota Damansara, Semenyih, Jeram, Pelabuhan Klang, Dengkil, Kuang dan Hulu Bernam.

Mustafa sekali lagi menegaskan, hasrat BERJASA itu tidak mutlak dan terbuka untuk perbincangan dengan PAS dan IKATAN.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana