Hak Keistimewaan Orang Melayu – Selamat Tinggal Selangor Dan Pulau Pinang.

Tindakan kerajaan Barisan Nasional  bertegas tidak menurut tuntutan pemansuhan Akta Hasutan adalah disebabkan untuk menjaga kepentingan dan hak-hak orang Melayu dalam beberapa perkara yang penting agar ianya tidak dicabar oleh mana-mana pihak bukan Melayu atau Melayu liberal.

Tuntutan untuk menghapuskan Akta Hasutan ini adalah bertujuan untuk memastikan setiap cadangan untuk memansuhkan kepentingan Melayu yang dipersetujui satu ketika dahulu akan dapat dilakukan tanpa sekatan perlembagaan .

Justeru itu, pembangkang dengan segala daya dan usaha telah memanipulasikan  isu Akta Hasutan dengan mengaitkannya dengan  hak asasi dan  kesamarataan sebagai isu utama  dengan menggunakan pengaruh penyokong Melayu yang  liberal.

Menteri Besar Selangor Azmin Ali  telah bersetuju dengan tuntutan DAP memansuhkan pemberian diskaun 10 peratus untuk Bumiputera bagi pembelian unit pangsapuri berservis, soho (rumah pejabat kecil) dan SoVo (rumah pejabat versatil) di negeri Selangor.

Secara jelas nya penghapusan 10 peratus kouta bumiputera dalam pemilikan rumah ini adalah  hasil agenda DAP untuk memansuhkan sedikit demi sedikit keisrtimewaan orang Melayu dalam pemilikan hartanah dalam  negara ini.

Setelah sekian lama mereka berjuang untuk menghapuskan  hak-hak keistimewaan orang Melayu akhirnya  misi mereka telah didokong dan di sokong oleh  seorang berbangsa Melayu di Selamgor. Secara jelasnya kini Pulau Pinang dan Selangor, rakyat berbangsa Melayu sudah tidak dapat menikmati subsidi keistimewaan dalam pembelian hartanah yang diperuntukkan oleh kerajaan khas untuk Melayu.

Diskaun yang selama ni khas untuk Bumiputra 10% untuk setiap pembelian rumah sekarang diberi pada semua bangsa. Tiada lagi istilah yang menunjukkan bahawa hak istimewa Melayu itu wujud lagi di dalam Selangor dan Pulau Pinang.

Secara jelasnya hak istimewa Melayu dah terhapus didalam kedua negeri tersebut, Seharusnya semua penyokong  DAP, PKR berbangsa Melayu berbangga  dengan pencapaian yang telah dibuat oleh Guan Eng dan Azmin Ali dalam memberi kesamarataan terhadap semua kaum.

Azmin Ali yang dikenali sebagai seorang pemimpin PKR yang bermulut jahat yang mana  konon  hendak  menjalinkan kerjasama dengan PAS untuk menjaga  undi Melayu tetapi pada masa sama Azmin menghapuskan hak Melayu dan bersekongkol dengan DAP.

Sementara itu, Datuk Teng Chang Khim Exco Kerajaan Negeri Selangor dari DAP tidak senang dengan Nanyang Siang Pau, yang melaporkan bahawa 10 peratus diskaun bumiputera bagi pembelian pangsapuri perkhidmatan, SOHO dan Sovo akan dimansuh selepas kerajaan negeri melaksanakan garis panduan pembangunan baharu bermula 1 September ini.

Untuk menutup kesalahan tersebut Teng menafikan pemansuhan 10 peratus diskaun untuk Bumiputera, tetapi menegaskan Kerajaan Negeri Selangor melaksanakan polisi baharu untuk memberikan diskaun 10 peratus kepada semua kaum secara sama rata.

Mengenai penghapusannya (10 peratus diskaun Bumiputera) Teng terus berdalih dengan mengatakan bahawa  akan  menurunkan harga dan menyelaraskannya untuk semua.

Menyelaraskan harga untuk semua sudah tentunya tiada lagi kadar diskaun yang diberikan kepada orang melayu. Ini adalah kerana  satu harga untuk semua. Bukan ada lagi perbezaan harga yang ditawarkan untuk bumiputera.

Pentadbiran negeri juga turut mengambil langkah yang sama  seperti kenyataan Teng dengan menyatakan bahawa  tindakan tersebut adalah bertujuan untuk menyeragamkan harga jualan hartanah, tidak memansuhkan diskaun .

Sebagai kenyataan seakan bersetuju memansuhkan hak keistimewaan orang Melayu dalam pembelian rumah dengan diskaun,  Kerajaan negeri seakan bersetuju dengan menyatakan bahawa menawarkan ciri-ciri ini untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana dan tidak ada sebab Bumiputera diberi diskaun dan tidak kepada bukan Bumiputera kerana mereka sama-sama miskin.

Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor turut mengulas isu berkenaan dengan berkata, rumah mampu milik dan kos rendah adalah perkara yang melangkaui bangsa, agama, warna kulit dan latar belakang.

“Miskin dan kurang kemampuan dari segi kewangan berlaku dalam semua kaum dan agama. Prinsip negeri ini adalah untuk membantu mereka yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah”

“Kami telah bersetuju dengan beberapa garis panduan baharu dan ia akan diumumkan secara terperinci oleh Datuk Teng dan exco perumahan, Datuk Iskandar Abdul Samad kemudian,” katanya sambil menambah laporan akhbar vernakular itu mungkin disebabkan oleh ‘salah faham’.

Secara jelas dan terang, bahawa Kerajaan Selangor kini sedang menuju kearah satu sistem pentadbiran yang tidak akan membela hak-hak orang Melayu malah akan bersekongkol dengan DAP untuk menghapuskan segalanya termasuk kepentingan Agama Islam yang dilindungi oleh perlembagaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana