Bajet 2017 bajet pilihanraya... dijangka 'melimpah-limpah'...Alhamdulilah Tapi Pembangkang Negara Ini Kata Krisis Ekonomi Akan Teruk

Bajet 2017 yang bakal diumumkan pada akhir Oktober ini dianggap sebagai bajet pilihan raya, memerlukan disiplin fiskal bagi mengelakkan risiko penurunan penarafan kedaulatan.

Disiplin fiskal itu perlu kerana harga minyak murah dan pertumbuhan ekonomi perlahan.

Ekonomis UOB, Julia Goh berkata, Bajet 2017 perlu menumpukan kepada kestabilan makro, melibatkan keseimbangan antara keutamaan perbelanjaan dan kekangan sumber.

Dalam nota penyelidikannya, beliau berkata, Bajet 2017 akan menjadi bajet pilihan raya dengan limpahan yang besar.

"Defisit fiskal pada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada separuh pertama 2016 ialah RM32.8 bilion atau 5.6 peratus. Kami berpendapat sasaran defisit fiskal adalah 3.1 peratus daripada KDNK masih boleh dicapai tahun ini.

"Meskipun begitu, keupayaan untuk mengekalkan trend cukup mencabar pada masa depan kerana pendapatan semakin mengekang dan pertumbuhan perlahan," katanya.

Menurutnya, Bajet 2017 perlu menyasarkan kepada kestabilan makro dengan sebarang perancangan perlu dilakukan dengan disiplin fiskal. Kesimpulannya, ia perlu ada keseimbangan antara keutamaan perbelanjaan dan kekangan sumber.

Katanya, langkah itu adalah penting kerana agensi-agensi penarafan telah memberi amaran kekurangan disiplin fiskal akan menyebabkan tindakan penurunan penarafan dalam profail kredit negara.

Penurunan penarafan boleh menyebabkan kos meningkat dalam pasaran bon dan pinjaman, tambahnya.

Perdana Menteri dijangka membentangkan Bajet 2017 pada 21 Oktober ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana