UMNO Ampang selar Azmin, hangat-hangat tahi ayam bela rakyat

UMNO menyelar tindakan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang tidak menghiraukan kebimbangan rakyat berhubung pembinaan projek Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE).

Menurut Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo, kebimbangan rakyat perlu diambil kira dalam hal ini kerana mereka adalah penghuni di kawasan tersebut.

“Dulu Azmin sampai panjat lori, masuk longkang kononnya perihatin dengan masalah rakyat, kenapa jadi hal macam ni sampai dah x boleh nak datang tengok kawasan?

“Bila rakyat dah mengeluh sampai kata ‘jangan sampai kami menyesal ada MB macam Azmin’, ini bermakna rakyat dah meluat dengan kepimpinan beliau,” katanya.

Dalam masa yang sama, Ismail turut mempersoal bagaimana pembinaan lebuhraya itu boleh diluluskan dan mengapa kerajaan negeri tidak mengarahkan projek tersebut diberhentikan serta merta susulan rekahan tanah yang berlaku.

“Saya tak faham mengapa begitu lambat tindakan kerajaan negeri ambil terhadap projek ini dan hanya menjelaskan yang exconya dah beritahu kepada Jabatan Alam sekitar untuk siasat apa yang berlaku.

“Kalau kami, UMNO tidak akan membiarkan perkara ini disiasat dalam tempoh yang lama baru nak diambil tindakan walaupun rekahan sudah berlaku,” tambahnya.

Semalam, Penduduk Taman Kelab Ukay di Bukit Antarabangsa kesal apabila Menteri Besar Selangor tidak langsung muncul melihat permasalahan yang berlaku berhubung pembinaan projek EKVE.

Ahli Jawatankuasa (AJK)nya, Surender Singh berkata walaupun surat telah dihantar kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, namun tiada sebarang tindakan daripada pihak kerajaan negeri untuk menggesa supaya projek tersebut diberhentikan.

Berikutan itu, Ismail berkata yang pihaknya akan terus mendesak supaya kerajaan negeri akan mengambil tindakan segera serta membela nasib penduduk bagi mendapatkan ganti rugi daripada kerosakan yang berlaku.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana