Tidak Pandang Rendah Pada Pribumi, Tapi…

Berterus terang, penulis tidak pernah pandang rendah pada parti baru, Parti Pribumi Bersatu Malaysia, biarpun belum diluluskan penubuhannya. Faktornya, Pribumi diasaskan oleh seorang tokoh yang berpengaruh besar seperti Tun Mahathir Mohamad.

Sebagai generasi yang membesar di zaman Mahathir, saya akui beliau punya pengaruh yang besar hingga kini. Kalau Mahathir tulis buku, maka buku itu akan laris. Kalau Mahathir tulis blog, ramai yang akan baca. Penulis akui beliau masih popular hingga kini.

Mungkin kerana pengaruh itu, maka penulis tidak memandang rendah pada Pribumi. Namun begitu, pengaruh besar atau populariti tidak bemaksud Pribumi akan berjaya menewaskan UMNO pada PRU ke-14 nanti dan membentuk kerajaan negeri atau pusat.

Secara realisitik, jika Pribumi diluluskan penubuhannya oleh ROS, berapakah jumlah kerusi yang akan ditandingi calon parti itu? 10 hingga 15 kerusi Parlimen? 10 kerusi hingga 15 kerusi Dun di setiap negeri?

Siapakah calon-calon mereka? Mahathir, Muhyiddin, Mukhriz, Shafie Apdal, Sanusi Junid, Akram Shah, Anina, Khairuddin? Siapa lagi? Mungkin adalah dalam 10 – 20 nama lagi yang akan dipilih sebagai calon nanti. Agak mustahil untuk mereka letak calon di semua 222 kerusi Parlimen dan lebih 500 kerusi Dun serentak.

Agaknya berapa banyak kerusi Parlimen yang akan dapat dimenangi? Mungkin 4 hingga 5 kerusi dari jumlah 222 kerusi Parlimen yang ada? Kerusi Dun pula boleh menang hingga 4 – 5 kerusi di setiap negeri? Mungkin, siapa tahu?

Namun begitu, apakah jumlah yang akan dimenangi itu akan membuat salah seorang dari mereka dilantik sebagai Perdana Menteri atau Menteri Besar nanti?

Jika pembangkang menang dengan majoriti mudah di Parlimen, apakah 4 – 5 kerusi parlimen yang dimiliki Pribumi itu akan membuat salah seorang dari mereka dilantik sebagai Perdana Menteri? Jawatan Ketua Pembangkang pun tidak diberi, inikan pula Perdana Menteri akan diberi?

Congak di peringkat negeri sebagai contoh dirujuk di Selangor atau Pulau Pinang, apakah pakatan pembangkang sudi memberikan kerusi Menteri Besar kepada Adun Pribumi nanti? PKR sanggup beri jawatan Menteri Besar kepada Akram Shah? Guan Eng pula rela lepaskan jawatan Ketua Menteri kepada Khairuddin?

Pada pandangan penulis, mungkin jumlah ‘like’ di Facebook para pemimpin Pribumi itu lebih banyak dari pemimpin UMNO atau BN, namun secara realiti politik pilihan raya dan demokrasi berperlembagaan di negara kita, kedudukan Pribumi hanya seperti PAN sahaja.

Maka kerana itu, penulis lebih melihat Pribumi dan PAN seakan-akan dua parti yang serupa statusnya. Masing-masing khianat pada UMNO dan PAS, tidak lebih dari itu. Keduanya gagal memahami atau menghormati erti demokrasi yang sebenar dalam parti apabila sokongan tidak lagi memihak mereka.

Muhyiddin atau Mat Sabu, Mukhriz atau Salehuddin, sama saja kedudukannya. Lebih menarik lagi, mereka dijangka terpaksa menurut kehendak DAP sekiranya bekerjasama sesama pembangkang. Mahathir, Muhyiddin, Mat Sabu dan Salehuddin mahu lawan Kit Siang, Guan Eng, Tony Pua dan Theresa Kok?

Kira dulu jumlah kerusi masing-masing sebelum berbicara. Secara tidak langsung, ia akan memberi jawapan tentang siapa sebenarnya yang membuat diri mereka dipandang rendah oleh siapa…

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana