Rasuah Rumah Kos Rendah, DAP Gagal Lagi

KEGAGALAN demi kegagalan yang melanda kerajaan DAP Pulau Pinang membuktikan segala laungan telus dan sebagainya hanya retorik semata-mata. Tindakan DAP yang sering mengkritik pentadbiran kerajaan Malaysia akhirnya memakan diri mereka sendiri.
Isu rasuah dalam mendapatkan unit rumah kos rendah di Pulau Pinang merupakan sebahagian kecil dari salahlaku yang melanda pentadbiran DAP. Percayalah, satu demi satu bukti penyelewengan akan terbongkar dengan sendiri. Mereka yang teraniaya akan tampil ke depan melaporkan perkara tersebut secara sukarela.
Namun dalam memastikan pihak yang tidak bertanggungjawab ini dibawa ke muka pengadilan maka cadangan parti Gerakan agar  kerajaan negeri membentuk sebuah suruhanjaya siasatan mengenai isu dakwaan berlaku rasuah dalam mendapatkan unit rumah kos rendah merupakan satu desakan yang perlu diambil berat.
Menurut Pemangku Naib Pengerusinya Oh Tong Keong, parti Gerakan ingin menghantar anggotanya untuk menjadi sebahagian daripada suruhanjaya itu. Sekiranya cadangan tersebut ditolak,  Gerakan akan meminta Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang untuk meneliti pembentukan suruhanjaya tersebut.
Satu klip video menampilkan bapa ADUN DAP Sungai Pinang, Lim Siew Khim iaitu, Lim Keat Seong, 68, dilihat duduk dengan beberapa individu yang tidak dikenali yang cuba menuntut wang selepas membayar rasuah antara RM1,000 hingga RM2,500 untuk mendapatkan rumah kos rendah.
Walaubagaimana pun, Siew Khim segera “cuci tangan” dari dikaitkan dengan kejadian itu dan mengatakan beliau tidak tahu menahu mengenai aktiviti atau urusan bapanya. Dalam perkara ini, siasatan yang lebih terperinci akan dapat menentukan samada Siew Khim benar-benar tidak terlibat ataupun sebaliknya.
Penafian semata-mata yang telah dibuat oleh beliau tidak menjadikan beliau “bersih” dari salahlaku rasuah tersebut secara otomatik.
Sebelum ini Lim Guan Eng telah didakwa atas dua tuduhan rasuah membabitkan isu pembelian banglo di Jalan Pinhorn, dan permohonan pengezonan semula tanah pertanian dikemukakan Magnificient Emblem Sdn Bhd. Beliau dituduh mengikut dua akta berasingan, iaitu Seksyen 23  Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan.
Tuduhan pertama mengikut Seksyen 23 Akta SPRM merujuk kepada permohonan dikemukakan Magnificient Emblem Sdn Bhd berhubung permohonan pengezonan untuk menukar status tanah pertanian kepada perumahan.
Tuduhan kedua merujuk kepada transaksi pembelian banglo yang dimuktamadkan di bawah harga pasaran. Pendakwaan terhadap Guan Eng dan Li Khoon akan dikendalikan sendiri oleh Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dengan dibantu enam timbalan pendakwa raya.
Kini DAP dilanda masalah salahguna kuasa yang berleluasa. Rakyat Pulau Pinang perlu berfikir dengan lebih bijak dalam menentukan pemerintah mereka kelak. Sekiranya ketelusan masih lagi menjadi keutamaan maka DAP tidak lagi layak mendapat undi rakyat Pulau Pinang.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL