Mahathir jangan menyibuk urusan pentadbiran Johor

Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, dinasihatkan jangan mencampuri urusan dalaman Johor berhubung penggunaan istilah 'Bangsa Johor' bagi merujuk kepada rakyatnya.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, berkata istilah 'Bangsa Johor' bukan satu perkara baharu dan ia sedikit pun tidak memecah belahkan rakyat negara ini, seperti mana didakwa Dr Mahathir.

Katanya, dengan mengambil kira kedudukan Malaysia sebagai negara majmuk, seharusnya Dr Mahathir menghormati keputusan yang sudah dibuat oleh Sultan dan menteri besar negeri berkenaan.

"Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan negeri, kena hormat satu sama lain. Tiada salahnya penggunaan istilah berkenaan kerana ia cuma satu ungkapan, bahkan mereka masih mengaku sebagai warganegara Malaysia," katanya.

Salleh berkata, kepimpinan negeri berkenaan turut mengakui penggunaan 'Bangsa Johor' adalah untuk menyatupadukan rakyat di negara ini dan bukan bertujuan untuk memecah belahkan.

Sebelum ini, Dr Mahathir, semasa ditemui pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Siri Wacana Perdana Ke-20 bertajuk 'Hubungan Persekutuan-Negeri di Malaysia', berkata penggunaan 'Bangsa Johor' adalah tidak sihat dan boleh menjurus kepada keruntuhan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana