Lelaki Mengaku 'Nabi Isa' Ditahan

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang mengaku dirinya 'Nabi Isa' ditahan polis di Jalan Tun Razak di sini pada Khamis, selepas mengugut untuk membunuh beberapa pembesar negara.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif kepada Bernama.

Beliau berkata suspek berusia 40-an itu telah diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk siasatan.

"Selepas Jawi menjalankan siasatan mereka, polis akan menyiasat pula suspek mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah," katanya. -Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana