Akhirnya, Dr M akui dalang hapus kuasa Agong

Sepanjang menguasai kerajaan selama 22 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya mengakui menjadi punca kepada penghapusan kuasa Yang di-Pertuan Agong dimana tandatangan tidak lagi menjadi keperluan untuk menjadikan suatu akta sebagai undang-undang.

Bekas perdana menteri sendiri meminta maaf kerana meminda Perlembagaan Persekutuan yang menghapuskan kuasa Agong.

“Saya ingin memohon maaf atas pindaan kepada perlembagaan itu, yang membuat kelulusan dan tandatangan Yang di-Pertuan Agong tidak lagi perlu untuk menjadikan suatu akta sebagai undang-undang

“Ia kelihatan (oleh) kerana pindaan itu, (Akta Majlis) Keselamatan Negara yang baru, telah mula berkuatkuasa, walaupun Yang di-Pertuan Agong tidak menandatanganinya,” tulis Mahathir dalam blognya semalam.

Pada tahun 1994, kerajaan yang diterajui Dr Mahathir meluluskan pindaan perlembagaan untuk membolehkan undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen dan Senat untuk menjadi undang-undang dalam tempoh 30 hari, tidak kira sama ada Agong memberikan perkenannya.

Pada 17 Februari lalu, Majlis Raja-Raja meminta Rang Undang-Undang MKN diperhalusi, tetapi ini tidak dilakukan.

Kemudian, mengikut warta negara, Rang Undang-Undang MKN secara automatik diperkenankan pada hari berikutnya, pada 18 Februari, sepertimana pindaan yang dibuat oleh pentadbiran Mahathir itu.

Rang undang-undang itu telah diwartakan menjadi undang-undang pada bulan Jun, dan berkuat kuasa pada 1 Ogos lalu.

Akta MKN memberi perdana menteri kuasa untuk mengisytiharkan zon keselamatan, di mana pasukan keselamatan akan mengambil alih.

Pengkritik berkata ia serupa dengan mengisytiharkan darurat, sesuatu yang hanya Agong boleh lakukan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana