TUAN IBRAHIM DINASIHAT TINGGALKAN PAS...ADA BERANI KAH?

PAS DISIFATKAN SEBAGAI TIDAK MUAFAKAT DALAM MENJAYAKAN CADANGAN ‘GENCATAN SENJATA’ YANG DIUTARAKAN OLEH TIMBALAN PRESIDEN TUAN IBRAHIM TUAN MAN.

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) Khalid Abdul Samad berkata, cadangan itu gagal menerima sokongan daripada pemimpin PAS lain selain Naib Presiden Iskandar Samad.

Katanya lagi, ini membuktikan parti itu kini mempunyai perjuangan baru iaitu tidak menganggap Umno-Barisan Nasional (BN) sebagai seteru politik utama yang perlu ditentang.

“Suara menyeru kepada kesatuan pembangkang tidak lagi disambut baik oleh PAS. Dahulu PAS pencetus kesatuan dan persefahaman antara pembangkang demi menghadapi Umno/BN. Itu dulu. Dulu lain sekarang lain.

“Mereka cuba suarakan pandangan bahawa Umno/BN musuh utama yang merosakkan ummat Islam, bangsa Melayu dan merosakkan Negara. Oleh itu kita perlu ‘gencatan senjata’ dan berkerjasama demi menjatuhkan Umno/BN kata mereka.

“Namun suara-suara mereka kedengaran semakin sumbang setiap hari apabila ianya diutarakan atas wadah PAS. Saya yakin mereka sendiri semakin sedar akan keadaan ini.

“Saya rasa sudah tiba masanya untuk pimpinan PAS yang melihat Umno/BN sebagai musuh politik utama umat Islam dan rakyat jelata untuk mengakui bahawa keadaan PAS tidak lagi seperti dahulu,” katanya menerusi kenyataan media.

Jelasnya, PAS lebih cenderung untuk memilih Umno hanya kerana melihat peluang yang cerah untuk melaksanakan hudud berbanding bersama-sama dengan Pakatan Harapan.

Perkara ini kata Khalid lagi yang mengakibatkan perjuangan PAS terpesong dan pada akhirnya menganggap pakatan pembangkang adalah sebahagian musuh yang perlu ditentang.

“PAS sekarang menganggap menang bersama Pakatan tidak bermakna kerana tidak dapat ‘dilaksanakan hudud’! Kalau tidak boleh laksanakan hudud maka ianya ‘bukan kemenangan Islam’ bagi mereka.

“… Sambil dengan Umno/BN ada harapan akan terbuka jalan kepada perlaksanaan hudud kerana Umno itu Melayu Islam.

“Begitu sempitnya pemikiran PAS terhadap apa itu perjuangan Islam,” tambahnya.

Justeru itu Tuan Ibrahim dan pimpinan yang senada dengan pendirian dalam keperluan melaksanakan ‘gencatan senjata’ dinasihatkan meninggalkan PAS yang tidak mempunyai sebahagian pendirian bahawa Umno-BN sebagai rakan, bukanlah musuh utama.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana