Tidak Ada ISU Lagi Terdesak Sangat......Saman Sivil Amerika: Baru Nak Mula Siasat, Apa Yang Rasmi HIlang?

BLOG pembangkang cuba kata saman sivil di Amerika Syarikat semalam sebagai bukti rasmi wang 1MDB (aka wang rakyat) telah digelapkan.  Ini satu pemahaman yang bodoh, oleh orang yang bodoh juga – modus operandi rasmi kalau nak jadi penyokong pembangkang dan Mahathir.

Logiknya, 1MDB pun tak terlibat, dengan apa cara wang mereka boleh digelapkan?

Tapi seperti yang disebut pada tajuk, siasatan itu baru bermula dan biarlah Amerika dengan cara mereka dan kita dengan cara kita.  Kok ada pun yang didapati bersalah dan harta dirampas, ia bukanlah melibatkan Najib dan 1MDB sama sekali tapi mereka-mereka yang dinamakan dalam saman tersebut.

Sekarang ni harta siapa yang nak kena rampas dan sama ada wujud rampasan harta atau tidak, siapa pun tak tahu lagi sebab siasatan baru bermula, yang pembangkang buat fitnah kata saman ini bukti sah-sah wang dah hilang kenapa?  Bodoh pun ada sempadan tau.

Lagipun, wang dari harta yang bakal dirampas (kalau ada rampasanlah), akan dipulangkan kepada 1MDB, bertambah harta 1MDB USD 1 bilion lagi, nak pening kepala buat apa?  Ibarat sangkut untung, tak sangkut tak rugi.  Bukan menang-menang lagi dah, tapi menang dan bertambah menang.

Yang bodohnya Mahathir, benda Najib tak terlibat, dia nak suruh Najib letak jawatan, yang jelas terlibat, macam kes Guan Eng, tak pulak mintak Guan Eng letak jawatan?  Padahal, itu yang rasmi, yang di Amerika sana belum ada apa-apa, siasat pun baru nak start.

Nampak sangat politik semata-mata.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana