PRN Pulau Pinang: Kerajaan rancang penjara Guan Eng, kata Tun M...Sayang Benar Pada Lim Guan ENg ....MADEY Ni

Orang kata umur umur penghujung ini banyak beribadat kepada ALLAH...ini tidak berpolitik lagi tidak kesudahan kerana pemimpin tertinggi kerajaan tidak ikut kehendaknya.Mula lah cari salah ini dan itu untuk memburukkan kerajaan.

KAJANG, Sabtu – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad percaya rancangan parti rasis dan cauvinis DAP untuk mengadakan pilihan raya mengejut di Pulau Pinang adalah berikutan agenda kerajaan yang mahu memenjarakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Bagaimanapun, Tun Dr Mahathir berkata, beliau tidak peduli sama ada pilihan raya negeri (PRN) itu diadakan atau tidak dan berpendapat ianya bergantung kepada pandangan masing-masing.

“Saya sendiri tidak tahu sebabnya. Tetapi saya percaya, ini ada kaitan dengan rancangan kerajaan untuk memasukkan Guan Eng dalam penjara.

“Bila dia masuk penjara, susahlah bagi dia untuk mentadbir. Jadi, jika diadakan pilihan raya, dan DAP menang bermakna selama lima tahun lagi kerajaan negeri itu dikuasai oleh DAP.

“Ia bergantung pada pandangan masing-masing. Kalau pada kerajaan mungkin tidak patut, tetapi bagi DAP mungkin patut. Namun, bagi saya tidak peduli perkara itu,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) di sini, hari ini.

Sebelum ini, Guan Eng berkata, dia mungkin dipenjarakan atas pertuduhan rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang dikatakannya satu konspirasi politik Barisan Nasional (BN).

Guan Eng mendakwa pertuduhan itu adalah satu cara untuk membunuh karakternya.

“Sebab itu kita perlukan pilihan raya negeri… biar rakyat diberi mandat untuk memilih pemimpin mereka,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana