Politiking DAP.....PRN Pulau Pinang: Guan Eng beri kata dua kepada PKR?

GEORGE TOWN: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendesak PKR untuk bersetuju mengadakan pilihan raya negeri mengejut di Pulau Pinang pada tahun ini.
Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menegaskan parti itu tidak boleh mengambil masa lama untuk memberi persetujuan berkenaan.

"Biarlah rasional. Kalau kita cakap tahun depan, ia memang tidak munasabah.

"Anda tidak boleh tetapkan tempoh masa, tetapi jika anda cakap mengenai tahun depan, maka adalah mustahil ketika ini.

"Bila kita bercakap tentang pilihan raya, ia perlu dilakukan dengan segera. (Ia) tidak boleh dilambatkan melainkan keadaan baharu yang terjadi atau terdapat perubahan," kata Lim.

Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR malam tadi memutuskan bahawa parti itu masih belum bersetuju dengan cadangan DAP mengadakan PRN itu.

Guan Eng sebelum ini berkata DAP tidak akan membuat keputusan bersendirian dan mahu persetujuan rakan parti komponen Pakatan Harapan – PKR dan Amanah – untuk mengadakan PRN berkenaan.

Amanah dilaporkan bersetuju dengan usul DAP itu yang dibuat selepas Lim di hadapkan ke mahkamah atas  dua tuduhan rasuah.

Guan Eng dilaporkan berkata PRN itu penting untuk pengundi memutuskan sama ada mahu DAP terus memimpin Pulau Pinang meskipun beliau dibelit dengan tuduhan rasuah.

Hujah itu ditolak oleh beberapa pihak yang menegaskan usul PRN itu hanya bertujuan untuk menggembleng sokongan untuk Guan Eng dan DAP.

Ia juga untuk meremehkan proses perbicaraan yang dihadapi oleh Guan Eng.

Guan Eng menghadapi dua tuduhan rasuah berkaitan dengan pembelian sebuah banglo di bawah harga pasaran oleh beliau daripada ahli perniagaan Phang Li Koon.

Phang dikatakan turut mempunyai kepentingan bersabit sebidang tanah yang ditukarkan statusnya oleh sebuah jawatankuasa negeri yang dipengerusikan oleh Lim.

Perbicaraan Lim dan Phang bermula 22 September.

Semalam, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, parti itu mempunyai beberapa persoalan dasar berkaitan rasional mengadakan pilihan raya mengejut di negeri berkenaan.

"Selepas perbincangan yang menyeluruh termasuk mengambil kira pandangan masyarakat madani (civil society), mesyuarat telah memutuskan sebulat suara bahawa PKR masih belum yakin dengan cadangan tersebut.

"Walau bagaimanapun dalam semangat setiakawan, PKR tetap bersedia untuk meneruskan perbincangan dengan parti rakan di dalam Pakatan Harapan," kata Azizah.

DAP mempunyai 19 kerusi dalam DUN Pulau Pinang, PKR 10 dan PAS satu. Baki 10 kerusi DUN dimiliki oleh Umno-Barisan Nasional.  

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana