PKR rugi besar jika PRN Pulau Pinang dibuat sekarang...

PKR akan menanggung kerugian paling besar jika pilihanraya negeri Pulau Pinang dibuat dalam masa terdekat.

Bahkan kerjaya politik wakil rakyat PKR akan berakhir sekiranya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng nekad meneruskan rancangannya.

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata, ia kerana kerusi yang ditandingi PKR adalah kerusi yang akan tergugat jika berlaku perpecahan undi pembangkang antara Pas dan Pakatan Harapan (Pakatan).

“Motif utama PRN Pulau Pinang hendak diadakan adalah bagi membolehkan DAP mentadbir Pulau Pinang secara mutlak tanpa perlu adanya wakil rakyat dan Exco PKR mahupun Parti Amanah Negara (Amanah) dalam kerajaan. Itu menandakan bahawa seolah DAP mahu berkuasa penuh dengan mutlak di negeri itu.

“PKR harus risau dengan perkembangan terkini politik Guan Eng ini yang dilihat mampu menghakis peranan politik PKR dalam kerajaan negeri itu. Mungkin 19 kerusi DAP sedia ada akan terselamat, tapi 10 kerusi PKR dan 1 kerusi milik wakil rakyat yang pro-pembangkang akan tergugat,” katanya.

Menurutnya, sekiranya PRN Pulau Pinang diadakan dan Pas meletakkan calon bertanding di semua kerusi, maka peluang PKR untuk tewas di semua kawasan adalah besar.

“Kerusi UMNO dan BN mungkin akan bertambah antara 16 ke 19 kerusi, DAP pula akan kekal dengan 19 kerusi. Ia akan membunuh ramai pemimpin dan wakil rakyat PKR di Pulau Pinang.

“Dun Permatang Pasir yang dimenangi Pas pada sebelum ini pula pasti akan dimenangi BN, ditambah 10 kerusi BN sedia ada. Menjadikan 21 dari 40 kerusi Dun kemungkinan boleh dikuasai BN,” katanya.

Katanya, PRN Pulau Pinang itu sepatutnya disegerakan supaya ia membolehkan DAP kembali memainkan peranan kuat selama ini sebagai pembangkang utama di negeri itu.

Mengulas mengenai penegasan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meletakkan calon di semua kerusi Dun Pulau Pinang, beliau menyifatkan ia tindakan sebagai sebuah parti Islam yang kini kembali bermaruah.

“Sikap Abdul Hadi ini jelas mungkin disebabkan tindakan biadab beberapa pemimpin DAP sebelum ini yang mengeluarkan pelbagai kenyataan yang seolah mempersendakan dan memperkecilkan Abdul Hadi dan PAS.

“Jika PAS bersendirian, mereka tidak mungkin diterima pengundi Cina di Pulau Pinang. Tetapi secara tersirat, Abdul Hadi mahu menghantar mesej politik kepada DAP bahawa parti itu walaupun tidak menang tetap mampu juga membantutkan peluang kemenangan pada Pakatan,” katanya.

Jelasnya, ketegasan Abdul Hadi untuk meletakkan calon di semua kerusi Dun adalah mahu menyedarkan Pakatan , khususnya DAP bahawa undi orang Pas juga banyak berjasa membantu PR menjadi kuat dan menawan beberapa negeri.

“Lihat sahaja apa yang berlaku di PRN Sarawak dan dua PRK baru-baru ini, impak tindakan PAS meletakkan calon jelas mengurangkan undi terhadap Pakatan. Ini terbukti bahawa peranan PAS itu sangat penting dan berkuasa dalam menentukan siapa menang dalam pilihan raya.

“Jika PRN Pulau Pinang berlaku, dengan peranan PAS yang mahu meletakkan calon di semua kerusi akan menyebabkan PKR hilang beberapa kerusi dan dominasi DAP akan kukuh memerintah Pulau Pinang,” katanya.

Ditanya mengenai kemungkinan PAS bekerjasama dengan UMNO, beliau akui perkara itu tidak mungkin berlaku.

“Kedua-dua parti ini adalah parti yang saling berbeza objektif dan pendekatan. Oleh itu, Pas tidak perlu bersama sesiapa pun," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana