Pembangkang Bohong Lagi, Jabatan Keadilan Amerika Nafikan Najib DiDakwa




Rakyat Malaysia sekali lagi dihidangkan dengan pembohongan yang telah dilakukan oleh pihak pembangkang terhadap kepimpinan Negara Dato Seri Najib Razak. Pembohongan yang bertali arus disebarkan melalui media yang telah menjahanamkan Iraq satu ketika dahulu.

1MDB telah menjadi bahan serangan bermotifkan politik yang tidak pernah berlaku sebelum ini bertujuan untuk menjatuhkan ketua kerajaan yang dipilih secara demokrasi.

Terlalu banyak tuduhan seperti kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya RM42 bilion lesap, telah kemudian dibuktikan tidak benar – dalam hal ini pengesahan itu dibuat oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara yang dwipartisan.

Tony Phua secara terangan telah menuduh Dato Seri Najib sebagai orang yang telah melakukan kesalahan dan sebagai orang yang telah merompak harta rakyat.  Sehinggakan sanggup menggunakan  Jabatan Keadilan Amerika untuk meyakinkan pembohongan mereka kepada rakyat Malaysia.

Wall Street Journal telah digunakan oleh pihak pembangkang termasuk Tun Mahathir sebagai sumber yang dijadikan maklumat untuk membohongi rakyat Malaysia sebagaimana dilakukan ke atas Iraq.

Paling menghairankan, apabila seseorang yang tidak didapati bersalah oleh mana mana mahkamah telah dihukum bersalah hanya kerana maklumat  pembohongan yang disebarkan oleh Wall Street Jounal.

Persepsi yang dimainkan oleh pihak pembangkang sekali gus, pihak pembangkang akan melakukan apa sahaja samada ianya menyalahi undang-undang atau pun tidak asalkan proksi mereka berada dipuncak. Ini seiring dengan apa yang dikatakan matlamat menghalalkan cara.

Walau bagaimana pun, kebenaran tetap berada dipihak yang benar,  baru-baru ini Jabatan Keadilan Amerika telah menafikan persepsi dan tuduhan yang telah dilontarkan dengan  mengatakan bahawa Dato Seri Najib bakal diambil tindakan oleh pihak Jabatan Keadilan Amerika.

Sekali gus  dengan jawapan ini , terbukti nyata bahawa Tun Mahathir dan sekutu pembangkang  hanya berbohong  kepada rakyat untuk memburukkan negara dan  melakukan persepsi untuk mengelirukan pemikiran rakyat.

Justeru itu, pembangkang di Malaysia adalah satu kumpulan yang  tidak berguna langsung dalam membantu negara dalam apa juga sekali pun. Tugas mereka hanyalah untuk memiliki kuasa dan menghancurkan apa yang ada demi kepentingan diri.

PRU14.tv

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana