Peguam Negara bagi amaran terakhir pada Guan Eng…

Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali nampaknya sudah hilang sabar dengan gelagat Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang galak mengulas mengenai kes mahkamahnya didakwa salah guna kuasa dan rasuah.

Sabtu,beliau mengeluarkan satu kenyataan khusus untuk beri amaran terakhir kepadanya.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP ditahan oleh pihak SPRM pada 29 Jun lalu dan esoknya dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang atas dakwaan berkaitan dengan belian banglo dan tukar syarat tanah.

Apandi menegaskan beliau bertindak demikian selepas Guan Eng mengeluarkan kenyataan terbaru yang dilihat menyerang integritinya sebagai Pendakwa Raya.

Katanya beliau perlu mempertahankan diri atas tuduhan tidak berasas yang mempertikaikan integritinya.

"Dalam proses mempertahankan diri, saya mungkin perlu mendedahkan bukti yang pihak pendakwaan ada untuk mensabitkannya dan semua dokumen itu berada dalam simpanan saya," katanya.

Peguam Negara itu memberitahu Guan Eng sudah mengulas mengenai kesnya  sejak beliau didakwa di mahkamah.

“Saya sudah memberikan amaran menerusi (akhbar) The Star supaya berhenti bertindak sedemikian, selain sudah meminta peguamnya untuk menasihati beliau,”katanya.

Sementara itu kalangan pemerhati sendiri menilai Guan Eng tidak wajar main isu kes mahkamahnya dalam gelanggang politik hingga boleh mencetuskan ‘contempt of court’.

Ini kerana kesnya sudah pun dihadapkan di mahkamah.

Ketua Menteri itu misalnya pada Jumaat cuba beri gambaran seolah beliau pasti akan dihukum penjara untuk meraih simpati politik.

Ini dikatanya sebagai sebagaui alasan mengapa DAP memilih untuk mengadakan pilihan raya mengejut di Pulau Pinang.

“Kita tidak mahu tunggu Pilihan Raya Umum (PRU) yang mungkin berlangsung pada tahun 2018 kerana saya yakin bahawa saya akan dipenjarakan menjelang tempoh berkenaan,”katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana