MEmalukan.....Anda Lihatlah...Akhirnya BERSIH Sahut Seruan Mahathir


Dalam sidang media yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad semalam, beliau ada menyeru barisan kepimpinan pembangkang untuk turun kejalan raya bagi menunjukkan bantahan mereka terhadap kesemua skandal yang melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib dan juga 1MDB. Malah Tun M juga mahu perhimpunan ini mampu untuk menggulingkan Perdana Menteri.

Nyata sekali, apa yang mahu dilakukan oleh Tun M ini begitu bertentangan dengan amalan demokrasi yang diamalkan di negara ini. Jika sebelum ini beliau menolak sebarang demnstrasi jalanan, namun hari ini, beliau sendiri sanggup untuk menerajui perhimpunan ini asalkan Datuk Seri Mohd Najib dapati ditumbangkan.

Dalam perkembangan yang sama, Pengerusi BERSIH, Marina Chin Abdullah dilaporkan berkata, inilah peluang terbaik untuk pihaknya dan juga pembangkang untuk menganjurkan perhimpunan BERSIH 5.0. Ujarnya, dengan begitu banyak masalah sudah memaliti kerajaan, BERSIH akan melakukan himpunan bagi menunjukkan bantahan terhadap skandal terbaru yang berlaku di Amerika Syarikat

Malah, beliau juga mengakui, sedang merangka satu perhimpunan rasaksa yang akan mengambil tempat di Kuala Lumpur terutamanya di sekita Dataran Merdeka seperti tahun lalu. Beliau juga tidak kisah andai Tun M mahu menyertai perhimpunan yang bakal beliau dan BERSIH adakan kerana ianya merupakan satu medium buat penyokong pembangkang meluahkan kebencian mereka terhadap kerajaan.

Nyata sekali, seruan yang dilaungkan oleh Tun M ini mudah untuk diterima oleh Marina Chin. Marina dan juga NGO BERSIH pastinya akan mengadakan demo kononnya mereka mewakili suara rakyat yang kononnya ditipu dalam kes 1MDB ini. Sekali lagi, seluruh negara akan menyaksikan bagaimana BERSIH dan para pentaksub Tun M berhimpun dalam apa yang disifatkan sebagai membuang masa.

Tahniah Tun M kerana menjadikan demo jalanan sebagai salah satu daripada cara untuk meluahkan perasaan. Nyata sekali beliau begitu munafik dalam hal ini kerana pada saatu ketika dahulu, beliau sendiri melabelkan mereka yang berhimpun dengan tujuan menjatuhkan seseorang pemimpin sebagai tidak bertamadun. Kini, beliau pula yag menghalalkan demo hanya mahu memastikan impian dan nafsu politiknya tercapai.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana