Mari tengok gelagat pembangkang bila Guan Eng diheret ke mahkamah…

 Intergriti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terbukti setelah melalui proses prosedur tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Bila selesai dan berpuashati dengan siasatan dikemukakan pada pihak pendakwaraya dan akhirnya berita tentang pendakwaan akan bermula.

Mengulas tindakan SPRM menahan dan mendakwa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada petang Rabu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim menegaskan bahawa ini membuktikan sistem perundangan dalam negara perlu kita hormati dan pertahankan.

Justeru itu beliau mahu pihak pembangkang yang pernah menghamburkan persoalan intergiti  itu perlu juga mengotakan apabila ianya berlaku kepada Lim Guan Eng darì kedudukan beliau sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang,.

"Soal integriti, pertuduhan atau pun perbicaraan yang bakal berlangsung, sangat menarik untuk dinantikan apakah pendirian pimpinan dari pembangkang yang selama ini cukup kuat mendakwa atau pun menyatakn pendirian mereka.

"Penting saya nyatakan ini mengenai kes jenayah  bukan kes sivil, ini bukan zaman fitnah, ini bukan saol pandangan kita, ini bukan soal tak bayar kereta, ini bukan soal kehidupan. Antara dua pihak dimahkamah sivil, ini soal jenayah jadi nak tengok apa reaksi pembangkang, " kata Razali ketika ditemui selepas Majlis Penerangan PTPTN dan Berbuka Puasa bersama Mahasiswa IPTS di Menara Felda, malam Rabu.

Diminta mengulas tindakan pembangkang yang sering mendesak pemimpin UMNO/Barisan Nasional (BN) berundur atau letak jawatan sekiranya disabitkan dengan sesuatu pertuduhan, Razali berkata, "biar pembangkang sendiri yang tentukan sebab mereka yang mendakwa konon 'champion' kepada moral  integriti dan ketelusan perundangan, cuma yang saya nak beritahu apa yang patut kita buat khususnya pada rakyat, kita terus menghormati undang-undang. Kes ini bukan bersifat kepartian, ia bersifat  perlanggaran hukum dan undang-undang.

Beliau yang Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, "saya masih ingat apabila pembangkang diheret ke mahkamah mereka kadangkala menunjukkan suasana kononnya seorang perwira sedang dianiaya, ini pesepsi yg seringkali dimainkan, perkara ini sewajar dimainkan dalam UMNO pun, bila pemimpin UMNO didakwa saya nak beritahu kita pun sayang, kita pun rasa sedih tetapi apabila berlaku kita kena serahkan pada undang-undang negara.

" Sebab itu kita bukan membiarkan pemimpin kita didakwa atau berhadapan dengan pendakwaan seorang diri tetapi kita tidak mahu mendahului atau melebihi undang-undang kerana kita hormati perundangan,.

"Jadi agak menarik bila pembangkang akan buat suasana itu macam dia orang baik, hero yang sedang dianiaya akhirnya.Yang mendakwa itu nampak salah, saya harap perkara itu tidak berlaku dalam kes Guan Eng, " ujar Razali.


Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana