Konspirasi...ini reaksi Gani...Zeti...Abu Kassim
Ini ekoran laporan polis yang dibuat Naib Ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan Harun petang Selasa dakwa merekaa bertiga terlibat konspirasi untuk guling Perdana menteri dan kerajaan dengan beri maklumat sulit kepada pihak asing.
Abu Kassim malam ini adakan majlis perpisahan di Kuala Lumpur sempena beliau akan bersara secara rasmi daripada SPRM mulai 1 Ogos ini.
Ditemui wartawan di situ katanya beliau hanya akan buat satu kenyataan mengenainya esok Rabu.
Manakala Zeti yang hadir sama di majlis itu pula kata beliau enggan cakap apa-apa tanpa kehadiran peguamnya.
Sementara itu Bernama melaporkan Gani menyifatkan dakwaan bahawa beliau terlibat dalam konspirasi itu hanyalah muslihat untuk mencari publisiti.
"Dakwaan sembrono ini merupakan muslihat mencari publisiti tanpa asas.
"Percubaan membunuh perwatakan akan hanya mencetuskan tindak balas dan melemahkan kerajaan pada jangka panjang," katanya menerusi Whatsapp kepada Bernama.
Gani selanjutnya menegaskan beliau sentiasa bertindak profesional dalam menjalankan tugas dan akan terus bertindak sedemikian dalam setiap usaha masa hadapannya.
Comments