Khalid Samad Pening !!!! Tidak perlu gencatan senjata, Hadi Awang 'pelik'

SUNGAI BESAR: Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad menggelar Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai 'pelik' apabila bertegas PAS tidak perlu mengadakan gencatan senjata dengan parti lain dalam pembangkang.

Khalid berkata kenyataan Presiden PAS itu kononnya PAS tiada musuh dan sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak asalkan dasar perjuangan Islamnya tidak diganggu, boleh dipetikai banyak pihak.

Ujar Khalid, tanpa berselindung Hadi serta pimpinan PAS yang lain sehingga kini menganggap Amanah dan DAP sebagai musuh dan enggan menjalinkan hubungan politik dengan dua parti itu.

"Tiada siapa boleh menafikan bahawa diantara yang paling teruk diserang oleh Haji Hadi ialah Amanah dan selain daripada Amanah adalah DAP sehingga diistiharkan musuh Islam, orang Melayu dan Amanah ini pengkhianat," kepada pemberita ketika ditemui Antarapos di Rumah terbuka Aidilfitri Amanah, di sini, hari ini.

Hadi semalam memberitahu PAS tidak perlu mengadakan gencatan senjata dengan mana-mana pihak kerana tiada musuh sekaligus menafikan cadangan peribadi timbalannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tuan Ibrahim sebelum ini menggesa parti pembangkang di negara ini melakukan gencatan senjata dan fokus kepada usaha menumbangkan Umno BN pada Pilihan Raya Umumke-14 (PRU14) akan datang.

Khalid berkata saranan Tuan Ibrahim itu wajar sementelah parti pembangkang hari ini tidak bersatu dan menjatuhkan Umno BN, dalam erti kata sebenar.

"Haji Hadi yang menyatakan tidak perlu 'genjatan senjata' kerana tidak bergaduh dengan mana-mana parti adalah agak pelik kerana hakikatnya apa yang telah kita lihat ialah bahawa pihak parti-parti pembangkang memang tidak bersatu dalam usaha dalam berhadapan dengan Barisan Nasional (BN).

"Bila itu dilihat oleh Timbalan Presiden partinya sendiri itu sebabnya kenapa dicadangkan satu gencatan senjata untuk Haji Hadi menafikan merupakan satu kenyataan yang boleh dikatakan untuk menafikan hakikat dan kenyataan," ujarnya.

PAS dan Pakatan Harapan sebelum ini bertelagah dan gagal mencapai kata sepakat dalam isu pembahagian kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Kegagalan capai kata sepakat itu menyaksikan Umno BN menang besar dalam tiga pilihan raya itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana