Guan Eng ‘bocorkan’ keputusan PAN setuju pilihanraya mengejut Pulau Pinang untuk rayu PKR

Apa yang berlaku Isnin malam di Dewan Penyayang di Georgetown boleh mengundang pelbagai andaian.

Nampak sangat Lim Guan Eng seolah hendak mendesak PKR turut sama terima cadangan DAP untuk adakan pilihanraya mengejut di Pulau Pinang.

Juga beliau seolah tidak sabar sangat nak tunjuk hajat DAP itu sudah hampir jadi kenyataan.

Pada majlis taklimat ‘Masa Depan Pulau Pinang’ di dewan itu Ketua Menteri Pulau Pinang itu secara terbuka umum bahawa Parti Amanah Negara (PAN) sudah setuju dengan cadangan itu.

"Sekarang hanya kurang satu kaki sahaja. Saya mahu rayu kepada PKR, buatlah keputusan bersama," katanya.

Beliau berharap PKR akan buat keputusan menyokong keputusan itu esok, Selasa.

‘Saya tahu PKR bimbang kehilangan kerusi.Kami juga risau’...katanya seolah merujuk kepada PKR yang kebelakangan ini nampak agak berat hati untuk buat keputusan.

Presiden PKR Wan Azizah Ismail sebelum ini telah memohon lebih waktu bagi partinya membincangkan soal itu.

PKR dikatakan bimbang untuk berdepan dengan pilihanraya mengejut ini – tanpa PAS seperti masa lampau.

Walaupun menafikannya,ramai pemerhati nampak tujuan Guan Eng dan DAP nak adakan pilihanraya mengejut ini cuma untuk ‘ tunjuk power’ konon dapat sokongan rakyat menjelang perbicaraan kes rasuah dan salahguna kuasa di mahkamah nanti.

Tindakan Guan Eng  buat pengumuman mengenai keputusan PAN dilihat agak janggal kerana Presiden PAN Mat Sabu hadir sama di majlis itu.

Biasanya sewajarnya beliau sendiri yang membuat pengumuman yang penting itu bukan Guan Eng.

Mat Sabu yang turut berucap tidak menyentuh soal keputusan partinya.

Ditemui wartawan kemudian,Mat Sabu  menjelaskan beliau asalnya jangka pengumuman mengenai keputusan partinya hanya akan dibuat semasa mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Amanah nanti.

Malah pada sebelah petang tadi ketika ditemui wartawan selepas mesyuarat pimpinan PAN di ibupejabat PAN di Selayang,Mat Sabu memberitahu wartawan supaya menunggu mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Amanah untuk pengumuman berkenaan.

‘Mainan’ Guan Eng ini sudah pasti boleh menguatkan lagi andaian PAN adalah parti dibawah telunjuknya.

Malah semasa pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar baru-baru ini jentera DAP dilihat mendokong habis-habisan PAN dalam gerak kerja kempen dan sebagainya.

DAP memang cukup geram pada PAS dan galak menonjolkan PAN dalam persaingan pengaruh dengan parti bekas anggota Pakatan Rakyat itu.

Di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang sekarang DAP ada 19 kerusi ,PKR 10,PAS 1 dan BN 10.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana