DAP Memang Biadap!!!! PAS bantah akhbar kerajaan negeri sebar doktrik DAP

Satu penyalahgunaan kuasa yang terang selepas akhbar yang dicetak dengan duit cukai rakyat kini mengfokuskan kepada doktrin parti DAP dan bercanggah dengan Islam.

Ini pendedahan yang dibuat oleh PAS Negeri Pulau Pinang yang menggesa agar tindakan diambil terhadap artikel bercanggah dengan Islam yang disiarkan menerusi Buletin Mutiara terbitan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff berkata, akhbar rasmi kerajaan negeri itu telah disalahgunakan untuk menyebar doktrin politik DAP.

"Sepatutnya sebagai akhbar rasmi, ia menyiarkan aktiviti kerajaan. Sebaliknya menyiarkan artikel bercanggah Islam dan mempromosikan Islam Liberal dan seumpamanya, terutama memuatkan tulisan dari Penang Institute.

"Jabatan Mufti perlu melihat serius perkara ini yang menimbulkan prejudis terhadap Islam. Tambahan pula akhbar ini disebar edar ke seluruh masjid-masjid dalam negeri ini.

"Sedangkan di masjid kita mengajar perkara yang membatalkan akidah, yang rosakkan Islam. Ini tidak wajar, ini macam hina Islam. Artikel-artikel dari Penang Institute ini kita lihat tidak sensitif pada umat Islam.

"Kalau tulis di akhbar Roket (milik DAP) lainlah, ini akhbar rasmi. Belanja duit rakyat tapi salah guna untuk doktrin DAP dan pemikiran bercanggah Islam," tempelaknya.

Beliau membangkitkan hal itu pada idang media sempena Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Negeri Pulau Pinang di Pejabat PAS Negeri, Pongsu Seribu di sini sebentar tadi.

Merujuk edisi terbaru buletin itu, beliau menyanggah tulisan Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari mengenai RUU Akta 355.

Bidasnya, tulisan Zairil yang juga Ketua Eksekutif Penang Institute itu adalah sama sekali tidak benar.

"Beliau telah menulis perkara yang tidak sepatutnya diucapkan sebagai orang Islam. Sebagai Ahli Parlimen jika beliau tidak puas hati (mengenai usul pindaan Akta 355) beliau boleh berbahas di Sidang Parlimen. Guna hujah-hujahnya di Parlimen," gesa Fauzi.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, pihak Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang telah beberapa kali memanggil Zairil meminta penjelasan.

Bagaimanapun katanya, Zairil tidak pernah datang dan sewajarnya jika Ahli Parlimen itu berani mempertahankan hujahnya secara akademik, beliau pasti datang.

"Malangnya beliau tidak pernah hadir untuk mempertahankan tulisannya," kesali Afnan yang juga anggota jawatankuasa tersebut.

Sementara itu, Pengarah Pilihanraya PAS, Datuk Mustafa Ali tidak yakin kerajaan DAP akan mengadakan pilihan raya mengejut di Pulau Pinang, melihatkan kepada tiadanya kesepakatan dalam kalangan kepimpinan DAP dan Pakatan Harapan.

"Kepimpinan dalam Pakatan Harapan tidak bulat (sepakat) untuk adakan pilihan raya. Jadi, walaupun ada desas desus mengenai PRN, PAS tidak yakin ia akan diadakan.

"Lagi pun, cadangan untuk mengadakan pilihan raya negeri dibuat selepas kes (dakwaan salah laku rasuah Ketua Menteri) Lim Guan Eng," katanya pada sidang berita di majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Pulau Pinang di Pongsu Seribu, Ahad.

Bagaimanapun ujar Mustafa, PAS bersedia menghadapi pilihan raya itu sekiranya Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dibubarkan.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz yang menghadiri sidang berita berkenaan, berkata DAP mahu mengadakan PRN itu demi kepentingan parti itu dan bukannya rakyat.

"Tetapi, jika benar PRN diadakan dalam masa terdekat, jentera Pemuda sentiasa bersedia menghadapinya," katanya.

Semalam, Lim yang juga Setiausaha Agung DAP dilaporkan berkata parti itu masih menunggu persetujuan Parti Keadilan Rakyat dan Parti Amanah Negara sebelum mengadakan pilihan raya mengejut di negeri ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana