Cubalah renungkan dan berfikir di luar kotak untuk mencari jawapannya.

1MDB memang ada masalah kelemahan pengurusan. Ini telah pun dinyatakan di dalam lapuran PAC yang dianggotai juga oleh wakil dari pihak pembangkang.

Tetapi satu perkara yang tidak boleh dinafikan ialah wujudnya satu gerakan atau usaha yang amat bijak dan terancang secara global untuk menjatuhkan DSNR oleh pihak tertentu. Mengapa?
Sekiranya pihak tertentu ini amat menitikberatkan integriti, memerangi gejala rasuah dan pecah amanah, maka mengapa mereka tidak bising mengenai LGE dalam kes banglo dan Taman Manggis? Mengapa mereka tidak mahu mengungkit dan membongkar segala perjanjian konsesi berat sebelah yang dilakukan di zaman Tun M yang telah merugikan puluhan billion ringgit wang rakyat?

Sebaliknya, mereka sanggup berganding bahu bersama Tun M yang pernah satu ketika dahulu amat dibenci oleh mereka. Mereka rela bersama individu yang pernah memenjarakan mereka tanpa bicara.
Maka sudah tentu ada perkara lain yang menyebabkan DSNR diserang begitu rupa. Sekiranya anda berpendapat bahawa jumlah wang yang "hilang" di dalam kes 1MDB adalah yang terbanyak dalam sejarah negara, maka anda silap. Jumlah kerugian kepada rakyat hasil daripada perjanjian konsesi berat sebelah di dalam projek lebuhraya bertol dan janakuasa elektrik adalah berkali ganda lebih besar.

Tetapi apa yang pasti ialah serangan terhadap kepimpinan tertinggi negara yang sedang dilakukan ini adalah yang paling besar dan sengit di dalam sejarah negara. Mengapa?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana