Buruknya PErangai !!!! Ada pihak giat berkempen agar orang Asli benci kerajaan

Penduduk masyarakat asli di dalam kawasan parlimen Sungai Siput terus diberikan perhatian oleh kerajaan negeri melalui berbagai projek pembangunan infrastruktur

Maklum sajalah kawasan yang diwakili dua penggal oleh ahli parlimen pembangkang sejak 2008 masih memerlukan pembelaan.

Kalau kawasan ini masih diwakili calon BN, peluang penduduk di sini tentu tidak seperti yang sering diperkatakan.

Bagaimanapun masyarakat asli di kawasan ini bernasib baik kerana sebelum 2008 selaku menteri dan ahli parlimen iaitu Datuk Seri Samu Velu, nasib mereka dibela.
Banyak kemudahan sampai ke kampungan penempatan mereka.

Bagaimanapun inisiatif meneruskan bantuan dibuat kerajaan negeri yang kini dipimpin Menteri Besar Dato Seri Dr.Zambry Abd Kadir.

Pada Ahad beliau melawat ke kampung orang asli kebetulan berlangsung Program Kembara Ummah XPDC bersama Masyarakat Orang Asli di Perkampungan Orang Asli Kuala Mu, Sungai Siput.

Program anjuran KADIR atau Yayasan Kemajuan Islam Darul Ridzuan selama dua hari. Menteri Besar membawa berita baik buat masyarakat asli di kawasan berkenaan.

"Kerja-kerja pembinaan jalan raya dari pekan Sungai Siput ke Pos Legap  ini akan bermula Ogos depan,"katanya.

Kerajaan katanya lagi membelanjakan lebih RM80 juta menyediakan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya yang lebih selesa kepada 5,000 penduduk di kawasan penempatan Orang Asli di kawasan ini.

Dr Zambry Abd Kadir berkata  kemudahan jalan raya amat penting di kawasan penempatan itu kerana ia dapat membantu mengubah kehidupan masyarakat Orang Asli menjadi lebih baik.

Dalam konteks sama katanya, kerajaan sedang menyediakan kemudahan jalan raya yang bermula dari pekan Sungai Siput ke kawasan penempatan Orang Asli di Pos Legap dan Pos
Kuala Mu yang menelan kos RM14 juta.

Pembinaan jalan raya ke Pos Legap, kerajaan turut menyediakan kemudahan jalan raya daripada perkampungan Orang Asli Bawong ke Pos Legap yang membabitkan peruntukan RM29 juta dan peruntukan RM29 juta lagi bagi jalan raya daripada Pos Legap ke perkampungan Orang Asli di Pos Yum.

Terdahulu dalam ucapannya, Dr Zambry menasihati masyarakat Orang Asli Kuala Mu supaya berhati-hati dengan tindak tanduk golongan tertentu yang giat berkempen menghasut orang Asli agar membenci kerajaan.

Katanya, mereka perlu menolak sebarang bentuk fitnah dan hasutan yang cuba dilemparkan oleh golongan itu dan seterusnya memberikan sokongan kepada kerajaan yang selama ini banyak membantu dan membela nasib mereka.

Pada program itu, Dr Zambry turut menyampaikan kotak makanan kepada empat orang Tok Batin yang mewakili empat buah kampung di Kuala Mu selain memberi sumbangan duit raya kepada anak-anak di kawasan berkenaan.

Kumpulan rock lagenda negara, XPDC yang menjadi agen dakwah pada program Kembara Ummah - Mencari Sakinah itu menggegarkan perkampungan Orang Asli Kuala Mu kerana pendekatan mereka bukan sahaja berbentuk hiburan dan terarah kepada keagamaan tetapi juga perpaduan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana